Coach Herbalife

Monday, August 1, 2016

Coach Turun Berat Badan Aziera Yazid

Ini Blog Coach Turun Berat Badan Aziera Yazid


Sudah terlalu lama saya tidak menulis dalam blog ni. Mungkin dah bersawang agaknya. Mungkin ada yang menyangka bahawa saya sudah tidak aktif dalam bisnes Herbalife lagi. Tapi sebenarnya saya memang semakin aktif sekarang sebagai Ahli Bebas Herbalife Malaysia, hingga menyebabkan masa untuk menulis blog diabaikan. Maaf jika ada yang tertunggu-tunggu post dari saya.

Tahniah kepada ramai orang baru yang berminat mencuba produk Herbalife sebagai satu cara menurunkan berat badan dan memperolehi kesihatan lebih baik. Sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang mencari produk Herbalife. Mungkin hendak kurus selepas raya agaknya. Lagipun tidak disangkal lagi ramai yang sedang mencari produk untuk membantu turunkan berat badan kerana kadar obesiti di Malaysia yang semain tinggi sekarang.

Anda memang orang yang beruntung kerana terjumpa dengan Blog Aziera Yazid, Coach Turun Berat Badan ini, Saya telah membantu ramai orang turun berat badan sejak hampir 8 tahun yang lalu. Ramai yang sudah mendapat testimoni Herbalife atas bantuan dan tunjuk ajar yang saya berikan.

Jadi, jangan bertangguh lagi kerana saya boleh membantu anda mencapai berat badan yang diinginkan. Sebagai seorang Coach Turun Berat Badan, saya bersedia memberikan tunjuk ajar dan panduan kepada anda mengenai pemilihan pemakanan yang betul, dan senaman yang sesuai untuk turun berat badan.

Terlebih dahulu, jika anda masih belum pasti kenapa anda perlu bermula, anda boleh baca sini untuk ketahui kenapa anda perlu kurus dengan Herbalife. Anda perlu memahami bahawa usaha ini tidak boleh ditangguh lagi. Anda perlu ambil keputusan untuk bermula sekarang!

Tetapi bagaimana pula nak mula dengan program diet Herbalife berkesan ni?

Jangan risau, anda hanya perlu menghubungi Coach Turun Berat badan Aziera Yazid di nombor 017-9360797 atau email sahaja ke aziera@azierayazid.com untuk mengetahui bagaimana anda boleh bermula dengan program Herbalife ini.

Sebagai seorang Coach, saya boleh bantu mencadangkan produk Herbalife mana yang sesuai untuk anda. Anda juga boleh memilih mana-mana pakej Herbalife yang sesuai mengikut keperluan.

Seterusnya, untuk memastikan anda mendapat hasil turun berat badan yang diinginkan, saya akan ajarkan cara makan Herbalfe yang tepat. Penggunaan Herbalife yang betul adalah penting untuk memastikan anda berjaya. Selain itu, saya akan sentiasa memberikan tindakan susulan bagi memastikan anda mengambil pemakanan yang tepat.


Saya seorang Coach Herbalife yang sudah turun lebih dari 20kg berat badan, dan telah membantu ramai orang. Saya sedia membantu anda untuk turun berat badan seperti saya.

photo 
     






Wednesday, March 16, 2016

Kurus Dengan Herbalife: Kenapa Perlu Mula Sekarang?

Kenapa Perlu Pilih Untuk Kurus Dengan Herbalife?


Dalam tugas saya sebagai Coach Bebas Herbalife, saya selalu dihubungi oleh ramai orang yang ingin turunkan berat badan. Kebanyakan mereka ingin tahu apa produk herbalife untuk menurunkan berat badan. Mereka mempunyai keinginan untuk kurus dengan Herbalife tetapi tidak pasti untuk memulakannya.

Walau bagaimana pun, tidak semua yang menghubungi saya betul-betul serius untuk berubah. Ada yang sekadar bertanya dan kemudian masih bertangguh tidak mahu ambil tindakan. Tetapi ramai juga yang betul-betul serius ingin dapat hasil kurus dengan Herbalife. Mereka yang serius ini hampir semua akan mendapat hasil turun berat badan yang baik dengan bantuan saya sebagai Coach Turun Berat Badan mereka.

Mereka yang serius untuk melakukan tindakan dan mulakan usaha turun berat badan percaya bahawa Herbalife memang berkesan dan  saya boleh bantu mereka. Biasanya mereka telah mendengar banyak testimoni Herbalife dari orang lain, atau mereka sendiri pernah menggunakannya dan mendapat hasil satu masa dahulu. Dengan rasa percaya dan yakin ini, mereka terus membuat keputusan untuk memulakan program turun berat badan dengan Herbalife. Akhirnya dengan usaha dan kesabaran, mereka akan capai apa yang mereka inginkan.

Saya turun 18kg dengan produk Herbalife. Download ebook untuk ketahui bagaimana.

Ada juga yang jenis suka bertangguh dan sukar membuat keputusan. Mereka masih lagi ragu-ragu sama ada mereka boleh berjaya diet dengan Herbalife ini. Mereka juga tidak bersedia untuk mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk kebaikan diri mereka sendiri. Sedangkan, sebenarnya mereka boleh memilih pakej Herbalife yang sesuai mengikut kemampuan dan keperluan mereka.

Kadangkala terdapat beberapa orang yang sama yang asyik menghubungi saya beberapa waktu yang lalu bertanyakan soalan mengenai produk Herbalife. Biasanya sama ada berat mereka sudah berganda naik dari dahulu kerana tidak melakukan apa-apa tindakan, atau mereka cuba untuk mengikuti diet dgn produk lain dan mendapat kesan berat naik lebih dari sepatutnya.

Di sini terdapat 2 contoh mereka yang menghubungi bertanyakan untuk kurus dengan Herbalife, tetapi tidak teru mengambil tindakan:-

Prospek A naik 7kg kerana mencuba produk lain
Prospek A mengambil keputusan menggunakan produk lain untuk turunkan berat badan, walaupun telah mendapat maklumat yang diperlukan dari saya sebagai Coach Turun Berat badan. Akibatnya, dia naik berat sebanyak 7kg dan kini ingin mencari produk Herbalife semula. Bayangkan, jika dia terus mula menggunakan produk ini pada mula-mula menghubungi saya dulu. Mesti beratnya akan turunm dan tidak akan berada dalam keadaan sekarang.



Prospek B naik berat badan kerana tidak serius untuk mengubah tabiat pemakanan
Prospek B pula pada tahun lalu, bertanyakan mengenai produk herbalife ini untuk isterinya yang ingin menurunkan berat badan atas nasihat doktor, kerana ingin cuba untuk mengandung. Setahun telah berlalu, kini dia mencari Herbalife untuk dirinya sendiri juga. Ini bermakna isterinya masih belum berjaya turunkan berat badan, dan akibat tidak bersedia mengubah tabiat makan mereka berdua, dia sendiri juga naik berat badan dan perlu mencari penyelesaian yang berkesan untuk mereka.

Jadi, jika anda sedang mencari-cari produk Herbalife, atau jika anda sedang tercari-cari satu program turun berat badan yang berjaya, saya nasihatkan supaya anda tidak bertangguh lagi.

Jika anda ingin jadi lebih kurus atau lebih cantik, anda harus memulakannya sekarang juga! Jangan menangguh untuk mulakan satu usaha yang anda pasti akan berjaya! Apa yang paling penting ialah anda perlu percaya anda boleh melakukannya, dan percaya saya boleh jadi seorang coach yang dapat bantu anda sepenuhnya. Anda perlu percaya bahawa anda boleh kurus dengan Herbalife.

Jangan cuba mencari alasan lagi bagi menangguhkan usaha anda untuk berjaya. Saya sedia bantu anda dari segi bajet, keperluan produk dan pelan pemakanan yang sesuai untuk anda.

Hubungi saya sekarang di nombor 017-9360797.

Ingatlah, untuk sesuatu berubah, anda yang perlu berubah. Untuk mendapat berat badan ideal anda perlu menukar tabiat pemakanan anda, kerana kejayaan sesuatu program turun berat badan ialah melalui 80% pemakanan dan 20% fitness.

Jom mulakan usaha anda untuk kurus dengan Herbalife sekarang juga! Saya sentiasa menunggu komitmen dari anda.


Coach Aziera Yazid telah berjaya turun berat sebanyak 18kg dan mengekalkannya selepas 7 tahun. Kini telah membantu ramai orang yang ingin turunkan berat badan dalam usaha mencapai berat badan dengan cara yang sihat, selamat, dan berkesan. Hubungi Coach Aziera Yazid sekarang untuk ketahui bagaimana beliau boleh membantu anda menurunkan berat badan dan mengekalkannya.

photo 
     

Monday, December 28, 2015

Cara Sihat Untuk Kurus Sebelum Kahwin

Dapatkan Cara Sihat dan Berkesan untuk Kurus Sebelum Kahwin

Adakah anda sedang dalam perancangan untuk melangsungkan perkahwinan dan ingin kurus sebelum kahwin?

Sudah cuba pelbagai cara tetapi masih tidak berjaya untuk turunkan berat badan?

Jangan risau! Anda mungkin masih mempunyai banyak lagi masa sebelum berjaya kurus sebelum kahwin. Beri masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk kuruskan badan, bergantung kepada bentuk badan anda sekarang.


Saya nak kurus sebelum kahwin

Saya pernah mengalami pengalaman yang sama nak kurus sebelum kahwin. Selepas balik dari pengajian Ijazah saya dari US, berat badan saya sangat tinggi hingga mencecah lebih dari 90kg. Nak timbang pun tak sanggup masa tu.

Gambar saya sebelum berkahwin dan ketika belajar di US
Oleh kerana bakal suami saya, iaitu suami saya sekarang merupakan seorang yang sangat kurus, saya tidak mahu kami nampak janggal di atas pelamin. Tentulah nak kahwin nanti saya mahu nampak cantik, kurus, dan sepadan dengan pasangan saya. Oleh itu, saya betul-betul bertekad untuk kurus sebelum kahwin.

Sebenarnya saya sudah lama mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan seperti berdiet sendiri, bersenam dan lain-lain lagi tetapi tidak berjaya. Atas desakan perlu kurus sebelum kahwin, sayamengambil keputusan untuk mengambil pil diet atau ubat kuruskan badan. Tetapi saya agak risau jika ada kesan sampingan dari ubat tersebut, jadi saya dapatkan pil diet dari doktor di sebuah klinik. Dengan pantauan daripada doktor setiap 2 minggu, saya berjaya turunkan berat menjadi 72kg ketika itu.

Saya dapat kuruskan badan dengan pengambilan produk kuruskan badan pil diet kerana ia menahan rasa lapar dan nafsu untuk makan. Saya tidak makan tengahari, mengambil kalori sangat rendah, berjogging dan beraerobik hampir setiap hari. Walaupun agak khuatir dengan bahan kimia dan ubat yang terdapat dalam pil diet itu mungkin memberikan kesan tidak baik untuk kesihatan saya untuk jangka masa panjang, saya tidak ada pilihan lain dan tidak faham cara sihat untuk kurus sebelum kahwin. Tidaklah saya tahu pada ketika itu bahawa menahan lapar menyebabkan metabolisme badan saya menurun.

Berjaya turunkan berat badan untuk berkahwin
Tapi, tahukah anda apa yang berlaku selepas saya kahwin?

Sebaik sahaja selepas kahwin berat badan saya naik secara mendadak. Oleh kerana target asal hanyalah mahu kurus sebelum kahwin, selepas kahwin berat badan saya naik bagaikan dipam-pam. Sehinggalah selepas saya melahirkan anak, saya hampir putus asa dengan masalah berat badan saya. Ketika saya masih menyusukan anak kedua, saya faham saya tidak boleh ambil pil diet semula, walaupun bagi saya itu sahaja pilihan untuk saya nak kurus.Saya mula risaukan kesan jika saya kurus dengan pil diet terutama kerana saya masih menyusukan anak.

Saya dah cuba pelbagai cara diet sendiri, diet tanpa makan nasi, bersenam secara bersungguh-sungguh dan lain-lain lagi tapi saya tahu bahawa saya tidak akan berjaya untuk melakukannya. Berat turun sangat perlahan, saya hadapi masalah susah buang air, dan tenaga juga berkurang. Akhirnya saya jadi cepat marah ketika menguruskan rumah tangga kerana kepenatan dengan lemak berlebihan dalam badan, selalu tidur pada waktu luang di pejabat, dan saya putus asa dengan bentuk fizikal saya.

Akhirnya saya bertemu dengan produk Herbalife.

Saya bertemu dengan produk Herbalife secara online dari internet, dan seorang Coach Turun Berat Badan yang sangat prihatin membantu saya untuk mencapai hasil yang saya inginkan. Dengan diet yang disediakan oleh Herbalife, saya rasa sangat mudah untuk dilakukan. Yang best sekali, saya boleh terus ambil makanan kegemaran saya termasuk nasi, saya rasa lebih bertenaga dan lebih ceria. Apa yang penting kesan Herbalife adalah selamat untuk saya yang masih menyusukan anak. Akhirnya dengan bantuan Coach Bebas Herbalife saya, saya berjaya turunkan 18kg daripada berat asal 92kg kepada 74kg!

Ketahui bagaimana saya dapat turunkan 18kg berat badan walaupun sibuk.

Gambar saya memakai baju nikah selepas 5 tahun berjaya turunkan berat badan dengan Herbalife

Kebaikan Herbalife ialah pelan pemakanan untuk kuruskan badan adalah sangat mudah diikuti. Yang paling penting sekali, apabila berjaya turunkan berat badan, saya dapat terus mengekalkannya. Selain itu kesan sampingan Herbalife semuanya positif dan saya terus mengamalkan diet Herbalife berkesan ketika mengandung dan berpantang dengan Herbalife anak saya yang ketiga. Kini pada usia hampir mencecah 40 tahun, saya rasa lebih cergas, bertenaga dan rasa lebih muda!

Jadi, persoalannya sekarang, jika anda nak kurus sebelum kahwin, adakah anda akan memilih penyelesaian yang bersifat sementara atau berkekalan? Adakah anda ingin terus kekal kurus walaupun selepas berkahwin, dan melahirkan anak?

Hubungi saya jika anda ingin memilih Herbalife untuk mendapatkan kesan kurus ketika berkahwin dan terus mengekalkan penurunan berat badan untuk jangkamasa panjang. Lantik Coach Turun Berat Badan anda sekarang!

Biar saya hubungi anda dengan mengisi borang di bawah:-


Nama:
Email:
No Telefon


atau hantar SMS/ Whatsapp  ke nombor 017-9360797


This HTML form was created by Freedback.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...