Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Wednesday, February 9, 2011

Cabaran dalam menurunkan berat badan


Dalam menurunkan berat memang banyak cabaran. Aku sendiri mengalaminya. Orang-orang yang aku kenal dan kawan-kawan yang lain juga mengalaminya. Apa yang penting ialah kita harus tetapkan matlamat dan target yang ingin dicapai, dan ini akan dapat membantu kita menghadapi cabaran yang datang.

Antara jenis-jenis cabaran yang biasa dihadapi oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan adalah seperti berikut:-

Pengurangan tidak seperti yg dijangka atau diinginkan
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pengurangan berat seharian. Antara faktor-faktornya ialah jumlah air, garam yang diambil, dan kandungan nutrien dalam badan. Ini merupakan faktor daripada pemakanan. Yang penting, jangan putus asa sekiranya kita harapkan dapat turun 0.5kg untuk minggu ini, tetapi tidak.Kita harus tetapkan semangat untuk terus menurunkan berat badan dan mencapai target berat yang diinginkan.

Tidak berpuas hati
Walapun dengan pengurangan yang sedikit, lama-kelamaan anda akan dapat mencapai berat yang diinginkan. Kadang-kadang, seperti fator diatas, apabila penurunan adalah sedikit, sesetengah orang merasakan yang mereka sudah gagal. Tetapi sebenarnya penurunan yang sedikit ini akan bertambah menjadi penurunan besar kelak, dan akan tetap mencapai angka yang diinginkan pada masa akan datang.

Mudah terpesong
Kadang-kala kita mudah terpesong daripada diet dengan mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak, terutama sekali dalam hari-hari perayaan atau perjumpaan keluarga dan rakan-rakan. Atau mungkin juga kita berjaya melawan nafsu dalam majlis bufet dengan mengambil makanan sedikit sahaja, tetapi pilihan makanan yang kita ambil itu kadangkala merupakan makanan-makanan yang tidak berkhasiat.

Akhirnya, kita mengambil keputusan untuk terus menghabiskan makanan dalam pinggan. Mungkin juga kerana sesal dengan diri sendiri kita terus mengambil keputusan untuk terus merosakkan diet kita untuk sepanjang hari, minggu, bulan atau tahun berikutnya. Kita seharusnya kembali insaf dan kembali ke pangkal jalan bermula pada waktu makan yang seterunya, supaya kita tidak terlalu jauh terpesong daripada pelan menurunkan berat badan

Sabotaj kawan dan rakan-rakan
Orang-orang yang rapat dengan kita merupakan orang yang paling mudah untuk menarik kita daripada perancangan kita menurunkan berat badan. Biasanya, bagi rakan atau ahli keluarga seperti ini, mereka tidak mahu untuk menurunkan berat badan, oleh itu mereka tidak suka untuk orang lain menurunkan berat badan. Apa yang kita perlu buat ialah untuk menahan pelawaan atau 'paksaan' kawan seperti itu.


Pilihan makan luar
Bagi mereka yang aktif, dan tidak berpeluang untuk masak dirumah, makan di luar merupakan pilihan yang paling mencabar sekali. Adalah penting untuk memilih restoran yang menyediakan pilihan makanan yang berkhasiat. Sekurang-kurangnya ita perlutahu bagaimana cara makanan yang ingin kita makan itu dimasak, dan kandungan di dalamnya. Kurangkan pilihan makanan bergoreng, dan berminyak dan elakkan daripada mengambil makanan segera yang tidak menyihatkan untuk badan kita.

Jemu dengan makanan yang sama
Biasanya kebanyakan orang selalu menganggap bahawa makanan yang sihat selalunya tidak sedap. Apabila kita selalu makan makanan yang sama dengan kerap, kita akan mudah menjadi jemu.Menyediakan makanan yang sedap, menarik dan dengan cara yang kreatif akan mengelakkan daripada perasaan jemu, dan tidak mudah berputus asa.Kita boleh menikmati makanan yang sedap dan istimewa sebagai ganjaran kepada diri sendiri dalam seminggu sekali.

Selain itu, Herbalife menyediakan lima perisa shake yang sedap dan mudah disediakan, dan anda tidak akan jemu untuk menikmatinya. Kita juga boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk mencampurkan perisa-perisa ini atau mencampurkan dengan bahan lain untuk pilihan perasa yang lebih menarik.

Secara kesimpulannya, disiplin diri yang tinggi dan semangat yang waja akan dapat membantu kita dalam mencapai matlamat yang diinginkan. Sekiranya anda hampir berputus asa dalam usaha menurunkan berat badan, anda harus kembali bersemangat dan cari motivasi anda, dan percaya yang anda akan dapat mencapai berat yang diinginkan tidak lama lagi.

Hanya kita sendiri yang dapat melakukan perubahan pada diri kita, dan bukan orang lain.

Tuesday, February 8, 2011

Herbalife Spectacular 2011

Aku belum sempat nak cerita mengenai Majlis Herbalife Spectacular 2011, yang diadakan di Putrajaya Convention Center (PICC) pada 14 hingga 16 Januari 2011 yang lalu. Majlis ini merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Herbalife untuk semua ahli bebas Herbalife bagi memberikan penganugerahan, pengenalan produk dan memperkenalkan individu yang telah berjaya dengan produk dan bisnes Herbalife.

Majlis ini memang meriah dan gemilang dan sangat sesuai untuk menyedarkan aku betapa bagusnya produk ini, dan kebaikannya. Di majlis ini aku dapat mendengar dan melihat testimoni semua orang yang telah berjaya selepas menggunakan produk-produk Herbalife, dengan mata kepala aku sendiri.

Aku juga dapat berjumpa dengan seseorang orang yang mengambil shake sehingga 12 kali sehari! Bayangkan betapa mereka ini telah menjadikan shake Herbalife sebagai satu rutin wajib, semata-mata untuk memastikan mereka mendapat kesihatan yang terbaik setiap hari.

Testimoni dari segi penurunan dan kenaikan berat badan juga tidak terkira banyaknya! Yang paling penting ialah mengetahui bagaimana produk ini bukan sahaja membantu kita mencapai berat badan yang diidamkan, tetapi juga mengekalkan kejelitaan, dan menjadikan seseorang itu awet muda. Aku diberitahu oleh seorang rakan bahawa sebaik sahaja kita mula menggunakan produk Herbalife, rupa paras kita akan seolah-olah terkunci disitu. Bermakna, walaupun usia kita bertambah, wajah kita akan tetap maintain muda. Wow! Menarik kan?

Selain daripada menambahkan pengetahuan mengenai produk, yang paling penting ialah aku berpeluang untuk bertemu dan berkumpul dengan rakan-rakan lain yang juga berkecimpung dalam bisnes Herbalife ini. Overall, semua orang terjerumus dalam bisnes Herbalife setelah diri sendiri menggunakan produk dan mendapat kesan yang terbaik. 


Ini gambar kami beramai-ramai termasuk Stella. (Lihat betapa aku masih perlu lagi turunkan berat huhu.)

Turun berat badan untuk lelaki dan perempuan


Sekiranya satu pasangan memutuskan untuk menurunkan berat badan bersama-sama, ini merupakan satu keputusan yang paling baik. Lebih mudah untuk kawal pemakanan dan melakukan excersize sekiranya 'partner' anda juga ingin melakukan perkara yang sama.

Baru-baru ini satu kajian telah dilakukan terhadap kira-kira 1000 orang lelaki dan perempuan untuk mengetahui purata sebab mengapa mereka mahu menurunkan berat badan. Perbezaan antara jantina begitu ketara.

Bagi wanita, mereka mahu turun berat badan untuk nampak lebih menarik. Rata-ratanya tidak berpuas hati dengan bentuk badan mereka yang asal. Bagi lelaki pula, mereka hanya mahu turun berat apabila rasa badan semakin menjadi tidak sihat.

Wanita juga lebih cepat berasa tidak puas hati dengan kenaikan badan mereka. Walaupun hanya naik sebanyak 5paun/2.2kg sahaja, mereka akan cepat-cepat memikirkan untuk menurunkan berat badan. Bagi lelaki pula, hanya selepas kenaikan 20paun/9kg baru mereka akan fikir untuk menurunkan berat badan. Ini biasanya kerana wanita selalunya terpengaruh dengan artis atau model yang kurus dan ramping, manakala lelaki pula lebih terpengaruh oleh ahli-ahli sukan yang kebanyakannya memang mempunyai saiz badan yang besar.

Bagi kaum lelaki, biasanya mereka akan mengambil lankah secara direct dengan menyenaraikan apa yang ingin dicapai dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai apa yg mereka inginkan. Mereka biasanya akan memilih untuk bersenam dengan lebih kuat bagi menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Mereka akan bertanya,"Apa yang perlu saya ambil dan tinggalkan untuk turunkan berat badan?"

Berbeza untuk wanita pula, mereka lebih suka memlilih untuk diet dan senaman dalam menurunkan berat badan. Dan biasanya mereka akan cuba untuk mencari alasan untuk memberikan kelonggaran kepada rutin mereka. Antaranya, mungkin ada yg akan bertanya,"Boleh tak kalau saya ambil sedikit coklat dalam diet saya?"

Atas sebab perbezaan ini, adalah kurang baik bagi pasangan yang ingin menurunkan berat badan untuk bersaing. Sebagai contoh, keperluan kalori lelaki lebih tinggi daripada wanita. Sekiranya orang lelaki mengurangkan sedikit kalori bersamaan dengan kalori yg dikurangkan oleh wanita, mereka akan tetap cepat turun berat kerana keperluan kalori wanita yang lebih rendah. Lelaki hanya perlu kurangkan sedikit penambilan makanan dan masih lagi turun berat. Manakala wanita terpaksa lebih banyak berusaha untuk mengurangkan pengambilan makanan. Ini akan lebih mengecewakan wanita dalam pasangan itu, walaupun dia telah cuba sedaya upaya untuk mengurangkan pengambilan makanan.


Adalah penting bagi pasangan yang sama-sama ingin menurunkan berat badan, untuk memberikan sokongan antara satu sama lain. Lelaki seharusnya peka dengan lebih cepat sekiranya berlaku kenaikan berat badan, kerana ini akan meningkatkan risiko kesihatan. Walaupun dengan senaman berat akan membantu lelaki lebih cepat menurunkan berat badan, diet dan senaman pilihan wanita akan lebih memberikan kesan jangka masa panjang dari segi kesihatan.

Wanita pula patut cuba mengikut lelaki yang mana lebih fokus dengan goal mereka, dan akan membantu sekiranya mereka tidak mencapai berat badan yang diinginkan dalam masa yang diinginkan. Mereka akan lebih mudah untuk meneruskan usaha menurunkan berat badan sekiranya mereka lebih berpuas hati dengan perbezaan yang dirasai hasil daripada pilihan diet dan senaman yang telah dilaksanakan. Dengan lebih menekankan dari segi kesihatan, akan membantu wanita untuk lebih menerima keadaan tubuh badan masing-masing.

Translated from: Discover Good Nutrition

Friday, February 4, 2011

Shake Herbalife : Pilihan perisa shake sihat


Shake Herbalife: Pilihan untuk turunkan berat badan?

Seperti yang diketahui, produk utama dalam Herbalife yang paling penting untuk diambil ialah Formula 1. Walaupun dengan Formula 1 sahaja, seseorang boleh mendapat hasil penurunan berat badan. Hanya mengambil Formula 1 sebagai shake Herbalife untuk sarapan pagi sahaja, dapat membantu mengekalkan berat badan Dengan tambahan produk Herbalife yang lain seperti serbuk protein Formula 3, teh hijau teamix, atau Aloe Vera Concentrate, hasil yang diinginkan akan dapat dicapai dengan lebih cepat.

Bagi sesiapa yang ingin mencuba atau baru hendak memulakan langkah ke arah  menurunkan berat badan secara sihat antara salah satu pilihan yang boleh dibuat ialah pilihan perisa Formula 1. Di Malaysia, hanya terdapat lima jenis perisa sahaja iaitu Chocolate, Cappucino, Vanilla, Strawberry dan Tropical Fruits.

Oleh kerana aku selalu ditanya tentang apakah perbezaan antara perisa-perisa shake Herbalife ini, dan perisa manakah yang paling sedap, rasanya eloklah kali ini kalau aku ceritakan lagi serba sedikit mengenai pilihan perisa yang disukai, dan pandangan aku mengenai semua perisa Formula 1, memandangkan aku pun dah pernah rasa dan ada semua perisa Formula 1 ini.

Perisa pertama shake Herbalife, yang memang menjadi pilihan dan kegemaran aku sejak dari dahulu lagi ialah perisa Dutch Chocolate. Perisa ini juga merupakan perisa yang paling popular di kalangan pengguna produk Herbalife.

Sejak daripada aku mula menggunakan produk Herbalife, sehinggalah sekarang, perisa Formula 1 merupakan perisa shake Herbalife yang paling digemari, dan yang paling dekat dihati. Aku sentiasa akan memastikan yang perisa Chocolate ini sentiasa berada dalam stok samada diambil begitu sahaja, dengan Formula 3, atau dicampur dengan perisa-perisa lain. Walaupun terdapat perisa lain yang mungkin menjadi pilihan, tetapi perisa shake Herbalife Chocolate ni tetap menjadi pilihan no 1 dan sentiasa diingati.

Bagi sesiapa yang belum pernah merasa perisa Chocolate ini, bagi aku rasanya betul-betul seperti coklat yang pekat (maybe dark chocolate). Chocolate sedap kalau diambil sendirian, lebih sedap dengan Formula 3 (rasanya akan menjadi seperti sedikit berlemak). Chocolate juga sedap kalau dicampur dengan perisa lain seperi Strawberry dan Tropical Fruit untuk rasa buah-buahan, dan perisa Vanilla untuk rasa chocolate yang lebih sedap. Untuk sesiapa yang suka rasa pahit seperti Mocha, bolehlah campur dengan Cappucino

Perisa shake Herbalife seterusnya ialah Cappucino, iaitu antara perisa favourite di Malaysia juga. Rasanya agak pahit, sesuai dengan namanya iaitu kopi. Rasa pahit kopi dapat dikurangkan sedikit dengan Formula 3 dan juga F1 perisa Vanilla. Akan tetapi aku telah pun menemui campuran yang terbaik untuk aku ambil dengan Cappucino bagi mengurangkan rasa pahit itu iaitu dengan F1 perisa Strawberry. Memang sedap!

Perisa shake Herbalife  seterusnya yang aku suka ialah Tropical Fruit. Perisa ini sungguh wangi. Baunya ada yg kata seperti esen pisang. Bagi aku baunya memang fruity. Rasanya pun betul-betul seperti jus buah-buahan, minus rasa manis dan berlemak. Aku suka mengambil prisa Tropical Fruit ini sendirian dan juga dengan Formula 3. Bila dicampur dengan Chocolate atau Strawberry juga akan menghasilkan perisa yang sedap, mengurangkan rasa buah yang kuat itu.

Perisa Strawberry merupakan perisa yang baru aku rasa, dan mulai disukai. Aku mula mengambil Strawberry dengan Tropical Fruit, dan juga Strawberry dengam Chocolate. Tetapi bila aku cuba Strawberry sahaja pun, rasanya not bad. Masih boleh diterima, tetapi jangan expect rasanya macam Strawberry Yogurt Drink tu. Tapi kalau dicampur dengan susu, anda mungkin boleh dapat rasa yg sedap lebih kurang mcm yogurt drink tersebut.

Perisa shake Herbalife terakhir ialah Vanilla. Aku tak berminat untuk ambil perisa Vanila sendirian, kerana rasanya begitu plain, Tetapi perisa ini lebih sebagai compliment kepada perisa-perisa lain, dan juga paling sesuai untuk dicampurkan dengan bahan-bahan lain seperti ekstrak jus untuk menjadikannya satu hidangan milk shake yang sangat enak.

Pilihan perisa shake Herbalife adalah bergantung kepada diri anda masing-masing. Ada yang suka Chocolate, tak suka Cappucino. Ada yang hanya boleh ambil perisa Strawberry sahaja. Jadi, sekiranya anda baru hendak mencuba hidangan shake Herbalife yang sihat dan sedap ini, jangan jadikan pilihan perisa sebagai satu masalah atau halangan. Kemungkinan anda tidak suka dengan perisa yang anda baru cuba. Nasihat saya, berikan masa dan lama-lama anda akan jatuh cinta dengan shake ini. Atau terdapat 4 pilihan perisa lain yang akan dapat diterima oleh anda.

Ini kerana Herbalife telah memperkenalkan perisa-perisa shake Herbalife di Malaysia berdasarkan kepada tekak orang Asia. Anda mesti percaya yang salah satu perisa memang sesuai dengan anda. Terpulang sama ada anda betul-betul ingin mencubanya.

Jadi, kepada sesiapa yang masih ragu-ragu sama ada mereka produk ini sesuai untuk mereka, atau sama ada mereka boleh telah atau tidak shake sihat ini, nasihat aku ialah, belum cuba belum tahu.

Untuk mendapatkan shake Herbalife yang sihat dan sedap ini, boleh hubungi saya di no telefon 017-9360797.

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...