Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Tuesday, November 6, 2012

Kulit cantik dengan Herbalife

Inginkan kulit cantik dengan Herbalife? Anda mempunyai masalah kulit? Kulit muka masih tiada perubahan walaupun sudah mencuba pelbagai produk kecantikan?

Kuli bermasalah adalah seperti jerawat, jeragat, kulit kering dan lain-lain lagi. Dengan pertambahan umur, kesihatan kulit juga akan berkurangan. Anda mungkin pernah cuba mengatasi masalah kulit dengan mengambil pelbagai jenis skin care, atau meletakkan macam-macam jenis krim dan losyen pada kulit.

Tapi, pernahkan anda fikir bahawa kesihatan kulit bukan hanya pada luaran sahaja?

Adakah anda tahu yang anda boleh dapat kulit cantik dengan Herbalife?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kulit cantik dengan Herbalife? Bukankah Herbalife tu produk makan sahaja? Bukankah shake Herbalife untuk kuruskan badan?

Ya, anda memang boleh dapat kulit cantik dengan Herbalife. Ini adalah kerana Herbalife bukan produk untuk kuruskan badan. Herbalife ialah makanan kesihatan yang akan membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh sel-sel badan. Apabila sel-sel badan mendapat nutrisi yang secukupnya, semua sel badan termasuk kulit kita akan berfungsi dengan lebih baik. Ini ialah antara sebab bagaimana kita boleh memperolehi kulit cantik dengan Herbalife.

Selain itu, Herbalife juga mempunyai teh Herbalife yang berfungsi sebagai antioxidant dan membuang toksin dalam badan. Toksin mungkin berada di salam usus dan anggota lain, termasuk jugalah toksin pada kulit. Jerawat adalah salah satu contoh kulit mengandungi toksin. Oleh itu, apabila seseorang mempunyai masalah jerawat yang kronik, kadangkala jerawat akan keluar lebih banyak di muka atau badan, pada peringkat permulaan sebagai tindakbalas penggunaan produk. Jadi, jangan risau kerana masalah ini akan semakin berkurangan, dan kulit akan menjadi lebih cantik dengan produk Herbalife.

Selain daripada itu, Aloe Vera Herbalife juga memainkan peranan penting untuk kesihatan kulit. Pengalaman daripada saya sendiri, sejak menggunakan produk ini, kulit menjadi lebih lembap dan tidak kering lagi, dan lebih berseri-seri. Kulit saya bukanlah jenis yang bermasalah.tetapi ramai yang tegur kulit muka nampak lebih cantik. Tahukah anda yang Supermodels juga menggunakan salah satu lapisan daripada  pokok aloe vera sebagai cara menjadikan kulit lebih cantik? Herbalife telah menggunakan pokok yang sama tetapi memproses untuk mengeluarkan toksin dari aloe vera dan memberikan segala kebaikan kepada pengguna produk ini.

Bagaimana kulit cantik dengan Herbalife?




Sebenarnya kesihatan kulit kita boleh diperbaiki dengan 70% nutrisi luaran, dan 30%  nutrisi luaran. Ini bermakna apa yang kita makan setiap hari mempengaruhi sebahagian besar kesihatan kulit kita. Kemudian, skin care yang kita gunakan dan cara penjagaan kulit juga memainkan peranan penting untuk mendapat kulit yang cantik.

Oleh kerana itulah, selain daripada produk nutrisi dalaman seperti shake Herbalife, teh Herbalife, aloe vera Herbalife, serta lain-lain lagi, Herbalife juga mempunyai rangkaian nutrisi luaran seperti Nutrifusion dan Skin Activator untuk membantu semua orang mendapat kulit cantik dengan Herbalife.

Kepada sesiapa yang beminat mendapatkan produk untuk nutrisi luaran dan nutrisi dalaman Herbalife, boleh hubungi saya melalui email aziera5299@yahoo.com atau SMS / whatapps ke 017-9360797.

*Hasil produk adalah tidak tipikal. Hasil produk adalah berbeza mengikut individu



Monday, October 29, 2012

Kurus dengan Herbalife: Kisah Aina

Kurus dengan Herbalife: Nak tahu cara paling berkesan?

Kenali Aina, seorang Ahli Bebas Herbalife Malaysia, dia sudah menggunakan produk Herbalife setelah hampir setahun lebih tetapi tidak mendapat berat yang diinginkan.

Kenapa dia tidak berjaya sebelum ini? Aina sudah mempunyai produk yang sesuai untuk diri dia. Dia juga mendapat Coaching yang betul, tetapi itu masih tidak menjamin dia untuk kurus dengan Herbalife.

Untuk menjadi kurus dengan Herbalife, ada beberapa penting yang seseorang perlu ada:-
  • Produk yang sesuai dengan individu, keperluan dan hasil yang diinginkan
  • Coaching tentang cara penggunaan yang betul
  • Disiplin, komitmen dan usaha yang berterusan
  • Kesabaran yang tinggi, kerana result bagi setiap individu adalah berbeza.
Jadi, dalam kes Aina, selepas menggunakan secara consistent dan mengikut aturan yang betul tanpa gagal, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg. 

Jika anda ingin merasai sendiri perubahan dengan produk Herbalife dan dapatkan coaching yang betul, sila email saya di aziera@azierayazid.com atau SMS ke 0179360797.

Thursday, October 11, 2012

Kesan sampingan Herbalife - Sungguh tidak diduga!


Ingin tahu kesan sampingan daripada produk Herbalife? Saya sudah menggunakan produk Herbalife lebih dari 4 tahun dan kini saya merasai kesan sampingan yang sungguh menggembirakan!

Apakah kesan sampingan Herbalife yang saya alami?


Saya telah berjaya turun berat badan sebanyak 18kg dan berjaya mengekalkannya*

Kini, saya telah disahkan mengandung anak ke-tiga. A'ha...ini yang dinamakan diam-diam ubi berisi, kan? Lama-lama senyap tiba-tiba announce dah mengandung?

Saya sangat-sangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan ini. Walaupun kandungan ini bukanlah yang dirancang, tetapi ia satu berita yang amat menggembirakan. Walaupun saya tidak pernah berhenti menggunakan pil perancang, tetapi dengan izin Allah, seorang Herbalife bayi akan lahir dalam masa kira-kira 6 bulan lagi. Semoga bayi yang lahir nanti sihat dan sempurna. Semoga kandungan ini selamat tanpa sebarang masalah hingga ke saat melahirkan nanti. Amin!

Sebenarnya berita baik ini hanya dapat saya tahu pada minggu ke-10, selepas pulang dari training di Macau, dan selepas seronok berjalan-jalan di Hong Kong. Syukurlah tiada masalah langsung semasa di sana. Jumpa ramai kawan-kawan Herbalife yang lain di sana pun, semuanya tegur yang saya nampak lebih kurus lagi.

Cuba lihat antara beberapa gambar di bawah semasa saya di sana. Tak sangka betul rupanya dah mengandung masa ni :D

Bergambar dgn Dr David Heber, Pengerusi Institut Nutrisi Herbalife.semasa membeli tiket feri untuk ke Macau
Vegetarian dinner dengan team members yang lain


Mengambil peluang berjalan-jalan sekitar Macau sebelum training bermula. 
Bagi sesiapa yang ingin mencuba produk Herbalife dan merasai sendiri kesan sampingan Herbalife, sila emailkan ke aziera5299@yahoo.com atau SMS/Whatapps ke 017-9360797. Saya sedia membantu anda.

*Sila rujuk dengan Pakar Sakit Puan jika anda ingin menggunakan produk Herbalife ketika mengandung.

*Kesan individu adalah berbeza-beza. Kesan adalah tidak tipikal.


Monday, August 13, 2012

Herbalife berkesan di bulan puasa?


Di penghujung Ramadhan ini, ramai yang bercerita bagaimana Herbalife berkesan untuk mereka semasa di bulan puasa ini.

Ada yang baru sahaja memulakan program menurunkan berat badan di bulan Puasa. Ada juga yang bertahun-tahun menggunakan produk Herbalife. Tetapi kebanyakannya telah mengalami banyak perubahan pada bulan Ramadhan ini. Dengan penggunaan yang betul dan konsisten, Herbalife berkesan untuk membantu pengguna berasa kekal bertenaga semasa berpuasa, dan akhirnya menurunkan berat badan di Hari Raya.


Kenapa Herbalife berkesan?


Herbalife berkesan kerana ia ialah produk yang membekalkan nutrisi untuk badan.

Yeke? Betul-betul ke Herbalife berkesan?


Kalau masih tak percaya Herbalife berkesan atau tidak, cuba baca testimoni Herbalife klien says di bulan puasa

ila rasa ukur lilit smua tmpat kt badan ini dh turun laa.jumaat lps saje ukut kt pinggang dh kurang 3 inci n lengan 2 inci..timbang je blum – Ila, Putrajaya 
Walaupun berat tak turun sebab amik shake tak ikut aturan betul-betul, tapi ukuran inches memang turun. – Fana, KL
turun 3.8kg, umur organ dalam pun dari 56 tahun dah 49 tahun ni…kat…kat punggung loss 5cm –Leeza, Shah Alam

Kak, Ina dah boleh pakai baju 2 tahun lepas. Berat turun sikit, tapi Ina rasa kecik di semua tempat – Ina Ida, Kuantan 

k.ziera....bj raye x padan....jd besor plk...t5enson plk – Mummy Yana, Kuantan

saja nak share ngn akak... kurung moden yg saya jait sblm posa n sblm amik herbalife nmpak nya kena alter...
sbb dh longgar...
tp dh dekat2 nk raya ni,mana ada org nk buat lg dh...huwawawawa – Azwita, KL

Produk Herbalife bukan sahaja berkesan setakat di bulan puasa, tapi juga jika digunakan seterusnya untuk menguruskan berat badan.Yang penting anda tahu cara yang paling sesuai untuk anda menggunakan produk ini ketika Puasa dengan Herbalife

Jadi, jika anda ingin mencuba dan mempunyai testimoni anda sendiri dengan produk Herbalife, hubungi saya untuk tanya lebih lanjut. Saya boleh terangkan bagaimana anda boleh dapatkan produk Herbalife dan bagaimana Herbalife berkesan untuk anda.

Selamat menempuhi penghujung Ramadhan.

Thursday, June 28, 2012

Testimoni Herbalife: Yanty

Siapa kata orang obese sahaja mudah turun berat dengan produk Herbalife? Semua orang pun boleh dapat testimoni Herbalife dan turun berat jika ambil produk Herbalife secara konsisten dan berdisiplin, dengan panduan yang betul dari seorang Coach semestinya!

Ini testimoni Herbalife terbaru dari Yanty. Umurnya baru 27 tahun. Masih muda tetapi sudah tahu kepentingan untuk jadi sihat, dan ingin turunkan berat badan supaya nampak lebih menarik dan dapat berat ideal. Yanty sedar sejak dia belajar lagi yang produk Herbalife memang boleh membantu dia turun berat badan dengan sihat. Tetapi, hanya apabila dia sudah bekerja sahaja dia sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli produk Herbalife bagi mencapai berat badan yang diidamkan.


Yanty sangat teruja bila beratnya turun sehingga 8kg! Menurut Yanty, dia sendiri tak pernah sangka dapat rasa berat dan bentuk badan sebegini. Bila bercakap mengenai testimoni Herbalife, memang boleh rasa keterujaan dia dengan results yang dia dah dapat!


Sekarang ni pun kawan-kawan sekeliling mula terpengaruh dengan pemakanan sihat yang diamalkan oleh Yanty dengan Herbalife, dan ahli keluarga mereka juga sangat menyukai produk Herbalife ini.

Jika Yanty boleh melakukannya dan mencapai berat yang diinginkan, anda juga boleh mendapat testimoni Herbalife seperti ini. Hubungi saya di nombor 0179360797 atau email aziera@azierayazid.com jika anda ingin lantik saya sebagai Coach dan dapat turun berat badan menggunakan produk Herbalife.


Tuesday, June 19, 2012

Herbalife products HOTLINE number?




Lately memang banyak call dan SMS yang aku dapat bertanyakan mengenai Herbalife products. As usual, aku cuba sebaik mungkin untuk menjawab segala pertanyaan dengan rasa besar hati dan dengan niat untuk bantu orang lain.

Tapi...

Selain daripada yang baru berminat nak cuba dan tanya mengenai produk Herbalife ni, aku juga turut menerima pertanyaan mengenai Herbalife yang luar daripada keupayaan aku untuk menjawabnya. Mereka menelefon seolah-olah nombor phone aku ni nombor hotline syarikat Herbalife, dan aku adalah staf yang bekerja dengan Herbalife, atau pun aku kena menjawab mewakili semua Ahli Bebas  Herbalife di Malaysia.

Antara soalan yang ditanyakan:-

"Ada orang nak jual kat saya produk Herbalife. Betul-betul berkesan ke produk ni? Kalau ye, saya nak beli dengan dia"

"Kalau orang tu jual produk pada saya tapi tak nak guide saya, macamana?"

"Coach saya ajar saya ambil produk caranya macam ni dan macam tu, betul ke?"

"Coach saya suruh minum banyak air tapi kalau saya tak nak, boleh ke?"


Selain daripada panggilan telefon dan SMS,aku juga terima lebih dari seratus email sehari untuk bertanyakan mengenai produk Herbalife. Antara email ini juga ada banyak yang bertanyakan cara ambil produk yang betul, kenapa produk Herbalife tidak berkesan bila dia ambil sebelum ini tanpa Coach, dan macam-macam masalah lain.

Oleh itu, saya mohon sangat-sangat kerjasama dari semua yang ingin hubungi saya,  supaya hanya bertanyakan soalan yang berkaitan sahaja. Masa saya sangat terhad perlu saya gunakan untuk bantu Coachees saya, ahli-ahli saya dan ramai lagi orang yang hendak jadi sihat di luar sana. Jika anda ada masalah dengan Coach anda, tolonglah jangan datang mengadu dengan saya.

Saya hanyalah seorang Coach Herbalife. Saya tidak bekerja di pejabat Herbalife Malaysia Dan saya tidak bekerja mewakili mana-mana Coach Herbalife yang lain. Jika anda ingin tahu apakah kerja seorang Coach Herbalife lakukan boleh baca di sini. Saya sudah ceritakan dengan terperinci apa itu Herbalife Coach.

Jadi, mohon maaf jika saya tidak dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda dengan Coach anda. Untuk mereka yang masih lagi belum mempunyai Coach, dan baru ingin mencuba produk Herbalife, nasihat penting dari saya ialah supaya anda pilih Herbalife Coach yang terbaik untuk anda. Pastikan Coach anda betul-betul faham masalah anda dan kenalpasti produk yang sesuai dengan keperluan anda.

Email saya sekiranya anda ingin melantik saya sebagai Herbalife Coach anda ;)

Wednesday, June 13, 2012

Kerja dari rumah

Ya, inilah tempat kerja aku sekarang. Aku hanya bekerja dari rumah.

Apakah kerja yang aku buat di rumah setiap hari? Herbalife, of course.

Setelah 13 tahun bekerja makan gaji di 2 tempat kerja, mulai bulan Jun ini, aku telah memulakan kerjaya sebagai seorang wanita yang membuat kerja dari rumah sahaja.



Banyak perkara yang ingin aku ceritakan, sepanjang hampir 15 hari tidak mempunyai majikan, dan hanya bekerja sendiri sahaja. Tetapi, biarlah kisah kehidupan aku bekerja sendiri ini diceritakan melalui posting aku setiap hari.

Banyak pertanyaan sebenarnya tentang kenapa aku memilih untuk meletakkan jawatan sebagai seorang Pengarah di sebuah Kolej Universiti terkemuka di Malaysia. Persoalan yang bermain di fikiran semua yang aku kenal ialah kenapa aku sanggup untuk meninggalkan gaji dan elaun yang agak besar untuk bekerja sendiri. Walau pun pendapatan aku bekerja di sana, tidaklah sebesar orang lain di luar, tetapi aku sudah berada dalam kelompok bergaji besar di tempat kerja aku ini.

Mungkin jika orang lain betul-betul kenal dengan diri aku yang sebenar, dan memahami apa yang aku inginkan dalam kehidupan aku untuk waktu sekarang, dan juga untuk masa depan aku dan keluarga, mereka tidak akan memberikan persoalan ini.

Aku tidak akan menjelaskan secara terperinci kenapa aku mengambil keputusan ini. Cukuplah kalau hanya orang-orang yang tersayang aje yang memahami perkara ini.

Secara ringkasnya, bila sudah sampai masa untuk kita memilih, then, itu lah yang kita kena lakukan. Sometimes, we will keep trying to ignore our options to choose. Kita cuba untuk berasa selesa dengan keadaan kita pada masa itu. Dalam masa yang sama, kita akan menyebabkan orang lain atau diri sendiri yang merasa sengsara, tidak selesa dan tidak bahagia.


Bayangkan kehidupan anda sekarang berada di satu persimpangan. Anda terpaksa memilih untuk melalui salah satu daripadanya untuk meneruskan perjalanan kehidupan anda. Mungkin ada lampu isyarat di situ dan anda terus berdoa supaya lampu isyarat tersebut kekal bewarna merah supaya anda boleh terus berada di situ. Jika anda sudah tahu mana destinasi yang dituju, sudah tentu anda tidak sabar-sabar menunggu lampu isyarat bertukar menjadi hijau, kan?

Jalan yang kita akan pilih mungkin bukan pilihan bagi kebanyakan orang. Mungkin juga masih ramai yang belum tahu tentang wujudnya jalan itu di hadapan mereka. Kebanyakan mereka mungkin sudah selesa berada di 'Highway' dan terus sahaja bersedia untuk membayar semua 'Tol' yang dikenakan kepada mereka.

Kehidupan tidak pernah menjanjikan, jalan yang kita pilih akan sentiasa lancar dan selesa. Setiap perjalanan kita akan melalui melalui banyak bonggol, jalan berlubang, atau kita mungkin mengalami beberapa kemalangan semasa berada di atas jalan. Tetapi, jika kita terus bersabar dan berusaha untuk capai kepada destinasi kita, InsyaAllah kita akan sampai juga satu hari nanti.

Oleh sebab itu lah, dalam kehidupan semua orang mesti ada impian, matlamat dan cita-cita. Ada orang yang sudah ada matlamat hidup sejak dari mereka muda lagi. Ada yang sudah berumur hampir atau lebih 30 tahun tetapi masih belum mengetahui apa yang ingin mereka capai dalam hidup mereka. Ini lah yang membezakan kenapa ada orang yang boleh berjaya lebih pantas dari orang lain. Bila kita sentiasa pegang dengan matlamat hidup kita, kita akan cepat sampai kepada destinasinya.

Banyak lagi yang ingin aku ceritakan tentang kenapa aku memilih untuk membuat perniagaan sendiri secara sepenuh masa, daripada bekerja dengan orang. Kenapa aku memilih untuk menentukan sendiri pendapatan bulanan, jadual kerja, bonus dan lain-lain, daripada terus bekerja di pejabat dan menunggu sahaja gaji masuk ke dalam akaun setiap akhir bulan.

Jadi, teruskan membaca blog ini supaya mungkin satu hari nanti anda akan faham kenapa kerja dari rumah merupakan pilihan yang terbaik untuk saya dan juga orang lain.

Untuk sesiapa yang yang mungkin sudah duduk di rumah, tetapi masih belum bekerja atau mempunyai pendapatan, boleh email saya untuk mengetahui bagaimana anda boleh menambahkan pendapatan dengan Herbalife.

* Hasil pendapatan adalah tidal tipikal. Hasil pendapatan adalah berbeza-beza mengikut individu




Tuesday, April 10, 2012

Testimoni Herbalife : Perubahan Ain dengan Herbalife

Testimoni Herbalife Ain  membuatkan aku sangat bangga dan penuh kesyukuran!

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Tiada kata lagi yang mampu aku ucapkan selain bersyukur kepada Allah kerana dengan izinNya sahajalah aku mampu membantu mengubah kehidupan ramai orang dan menerima banyak testimoni Herbalife.

The feeling is always describable. Tak dapat aku nak tuliskan apa sebenarnya yang ada dalam hati. Bangga, gembira, syukur, nak peluk orang , dan macam-macam lagilah. - PRICELESS

Everytime pengguna yang ambil produk dan mendapat result testimoni Herbalife yang baik, it always makes me want to cry. It's not just about losing weight. It is more than that. It is something that other products will not give them.

Jika ini masih lagi bukan satu sebab kenapa aku pilih Herbalife sebagai career, aku tak tahu apa lagi sebab yang aku perlu harapkan.

Thank you Allah! Thank you Herbalife!

p/s: Kepada sesiapa yang ingin mendapat sendiri testimoni Herbalife dan melantik saya sebagai Coach Herbalife, email ke aziera@azierayazid.com atau SMS ke 017-9360797

Produk Herbalife macam pisang goreng panas!


Yup, inilah yang aku selalu sebut-sebutkan sejak kebelakangan ini. Memang betul-betul macam goreng pisang panas. Terutamanya F1 perisa Chocolate dan Cappucino. Sama juga macam Teamix.

Tapi jangan confuse Produk Herbalife sama macam pisang goreng pulak ye. Ini cuma perumpamaan sahaja. Pisang goreng tidak mempunyai khasiat sebanyak yang ada dalam produk-produk Herbalife. Makan shake Herbalife juga tak perlu risau dengan lemak berlebihan ;)

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa aku tinggal di Kuantan dan biasanya untuk pelanggan di Kuantan, aku akan edarkan secara direct sahaja, ke mana-mana sahaja tempat di dalam Kuantan ni. Jadi, proses untuk mendapatkan stok produk daripada HQ Herbalife di KL ke Kuantan tentulah akan mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke sini.

Tapi, bila sampai saja produk di Kuantan, kebanyakkannya akan dihabiskan dalam masa 24jam sahaja. Terutama sekali dua perisa F1 tadi tu lah.

Jadi, bila ada pelanggan yang ingin dapatkan barang secara terus, kedua-dua perisa tadi iaitu F1 Chocolate dan Cappucino, sangatlah susah untuk berada dalam stok. Hanya yang bernasib baik dan 'ada rezeki' sahaja yang akan dapat dua perisa ni jika request on-the-spot.

Sebab tu aku suka ingatkan supaya masing-masing dapat memahami masa yang diambil untuk penghantaran produk, dan menyediakan stok sendiri secukupnya sebelum betul-betul kehabisan.

Lagipun selain daripada perisa Coklat dan Cappucino, perisa-perisa lain macam Vanilla, Tropical Fruit dan Strawberry pun sedap jugak,kan? Tidak kisahlah apa-apa perisa pun asalkan kita tahu yang setiap shake Herbalife akan menyediakan hidangan  nutrisi lengkap, rendah kalori dan mengenyangkan.

Jadi, instead of makan pisang goreng, elok sangatlah kita tukar menu kita kepada shake Herbalife ^_^

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan produk ini, sama ada anda di Kuantan atau di mana-mana sahaja. Download ebook saya untuk mengetahui kisah saya dan Herbalife.

Sumber foto : http://ligakampung.com

Monday, April 2, 2012

Segalanya dengan Herbalife

Mata sudah mengantuk, badan sudah penat, otak pun dah tak mampu berfikir... Tapi aku terpaksa gagahi juga untuk melaksanakan tugas-tugas sebagai seorang Coach Pengurusan Berat Badan dan Ahli Bebas Herbalife Malaysia.
Bukan mudah sebenarnya untuk berada dalam keadaan aku sekarang. Betapa banyak masa yang dikorbankan, peluh yang dikeluarkan, air mata yang mengalir semata-mata untuk melaksanakan misi aku iaitu mengedarkan produk Herbalife kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Sudah berapa weekend aku tidak bercuti, dari awal tahun 2012 lagi. Aku juga sudah lama tidak menonton televisyen. Apatah lagi melayan anak-anak keluar berpoya-poya di luar seperti menonton wayang atau setakat pergi bersiar-siar.

Selalunya, segala aktiviti kami sekeluarga semuanya berkisarkan aktiviti Herbalife.Sama ada kami keluar menghantar produk pada pelanggan, atau bertapa dalam kereta sementara menunggu appointment yang akan datang. Suamiku dan anak-anak memang penunggu paling setia. Even bila ada training, suamiku sanggup menemani anak-anak di luar dewan. Merekalah sokongan yang aku ada dan sangat-sangat perlukan sekarang ini. Tanpa mereka semua, aku tidak tahu bagaimana aku mampu melaksanakan tugas sebagai seorang Coach yang baik. Tanpa kesabaran dan sikap tolak ansur mereka, mana mampu aku melayan students2 yang memerlukan nasihat seawal pagi atau selewat tengah malam.

Sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan rahmat yang telah dianugerahkan oleh Allah ini. I would never ever ask for a better husband, or better chidren. They are the best for me. Dengan Herbalife juga kami sekeluarga semakin rapat dalam masa susah dan senang. Segala keringat, masa dan modal yang dikeluarkan semuanya berbaloi. Setiap Vacation yang kami pergi dengan Herbalife merupakan pengalaman dan hadiah yang paling berharga buat kami sekeluarga. Kerana itulah aku akan sentiasa berusaha keras bagi memastikan yang kami akan layak untuk menyertai sebarang percutian yang ditawarkan oleh syarikat Herbalife.

Oleh itu, untuk orang-orang penting dalam hidup aku ini, aku terpaksa melakukan pengorbanan meninggalkan beberapa perkara yang aku terpaksa tanggung, dan bawa bersamaku selama ini. Ini semuanya atas sebab ingin menumpukan lebih masa kepada keluarga. Supaya mereka tidak berterusan rasa diabaikan.

Aku mesti melakukan pengorbanan ini. Kejayaan tidak akan datang tanpa pengorbanan. Semoga Allah merestui keputusan yang telah aku ambil untuk memilih keluarga aku berbanding dengan perkara lain dalam dunia ini. Semoga Allah memberikan rezeki-Nya kepada ku melalui Herbalife agar kami sekeluarga dapat hidup bahagia selamanya.

Terima kasih atas sokongan semuanya selama ini. Doakan semoga niat aku untuk membantu lebih ramai orang dengan misi Herbalife dipermudahkan oleh-Nya. Semoga kami sekeluarga kekal bahagia untuk selama-lamanya.

 (Mode: Bersyukur dalam kepenatan)

Saturday, March 24, 2012

Messi dan Herbalife

Lionel Messi, pemain bolasepak terbaik dunia menunjukkan kepakarannya bermain basketball @_@

Sunday, February 5, 2012

Betapa sibukkah anda?

Salam untuk semua dan Salam Maulidur Rasul untuk yang beragama Islam.

Sudah lebih daripada sebulan tahun 2011 meninggalkan kita. Bagaimanakah anda mengharungi tahun 2012 ini? Adakah anda masih lagi menruskan usaha-usaha bagi mencapai azam yang telah dibuat pada awal tahun baru yang lalu?

Atau adakah anda sudah mula lupa apakah yang anda ingin capai dalam tahun 2012 ini? Masih belum terlambat lagi untuk anda kembali semula kepada usaha-usaha yang teah anda rancangkan sebelum ini. Semoga tahun 2012 ini memberikan kita segala yang terbaik yang kita inginkan untuk kehidupan sekarang dan masa depan. Amin.

Bagi diri aku pula, 2012 merupakan tahun pertama aku menguruskan anak sulung masuk ke Sekolah Kebangsaan iaitu dalam Darjah 1. Baru ku sedar kini betapa susahnya menjadi seorang ibu kepada anak yang bergelar murid sekolah. Sedangkan baru seorang anak bersekolah, aku sudah merasakan yang hidup akan jadi tak tentu arah pada seminggu dua persekolahan. Aku betul-betul kagum dengan ibu-ibu yang terpaksa menguruskan lebih daripada 2 tau 3 orang anak yang masih bersekolah.

Menguruskan anak bukanlah satu perkara mudah Apatah lagi untuk wanita bekerja yang juga terpaksa menguruskan rumahtangganya selepas pulang dari kerja. Kita terpaksa bangun lebih awal daripada orang lain, dan mungkin tidur lewat daripada orang lain. Segala persiapan untuk persekolahan anak terpaksa diuruskan dan dirancang seperti baju sekolah, kasut sekolah, duit belanja dan lain-lain. Kita terpaksa betul-betul memastikan yang anak kita mempunyai bekal untuk waktu rehatnya nanti, terpaksa pastikan buku dalam beg sekolah adalah berdasarkan jadual yang telah diberikan oleh guru, terpaksa memastikan bekalan air anak disediakan awal pada malam sebelum sekolah, dan banyak lagi perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian.

Kerja sebagai ibu bapa memang memenatkan. Apatah lagi jika ditambah dengan bebanan kerja di pejabat. Perkara paling penting yang perlu dirancang ialah dari segi pengurusan masa. Sebagai ibu bapa kita perlu memastikan masa kita dirancang dengan teliti supaya semua perkara dapat dilaksanakan mengikut masa yang sepatutnya.

Selain daripada itu, amatlah penting untuk kita menjaga pemakanan kita. Dengan mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang, ini dapat menjamin kesihatan kita dan juga memberikan tenaga supaya kita dapat melaksanakan semua kerja dari awal pagi hinggalah ke dinihari.

Elakkan untuk mengambil makanan yang tidak sihat. Elakkan daripada berlapar atau tidak mengambil makanan pada waktu yang sepatutnya iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Ambil snek yang ringan sekiranya perlu bagi mengekalkan metabolisme badan. Pastikan juga anda mengambil air yang mencukupi supaya badan kekal hidrasi.

Alhamdulillah, dengan mengambil shake Herbalife sebagai sarapan pagi sihat, aku berjaya kekal segar dan bertenaga sepanjang hari. Walaupun bangun pada pukul 5.30 atau 6pagi dan hanya tidur pada pukul 12 tengah malam, aku tidak mudah berasa penat. Dengan produk tambahan seperti Aloe Vera dapat membantu mengurangkan stress dan juga teamix yang mengekalkan tenaga, ini dapat membantu aku menguruskan rumah tangga, anak-anak dan juga waktu bekerja di pejabat. Selepas waktu pejabat pula aku masih lagi bertenaga untuk melakukan senaman ringan sekali sekala.

Bukan mudah untuk melakukan semua perkara dalam satu masa. Yang penting ialah untuk mengenalpasti apakah perkara yang penting dalam hidup kita dan pilih aktiviti-aktiviti yang akan memberikan faedah atau kebaikan kepada kita , dan elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang membuang masa atau tidak berfaedah. InsyaAllah dengan doa dan usaha, kita akan dapat melaksanakan semua perkara dengan mudah.

Sunday, January 1, 2012

Hadiah Tahun Baru

Ketahui bagaimana saya turunkan berat badan walaupun sibuk ebook
Alhamdulillah, akhirnya siap juga ebook aku yang pertama ini.

Anda semua boleh download ebook ini di website terbaru http://www.azierayazid.com/

Sila berikan komen/ pendapat anda mengenai ebook tersebut dan juga isi kandungan dalam website terbaru ini.

Apa agaknya topik yang anda rasa saya patut tulis untuk membantu orang menguruskan berat badan?

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...