Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Monday, April 20, 2015

8 Tips Diet Berkesan Dengan Produk Herbalife

Ketahui 8 Tips Diet Berkesan Untuk Mendapat Kesan Terbaik Dengan Produk Herbalife

Anda mungkin pernah berdiet, atau mungkin juga pernah menggunakan produk Herbalife sebelum ini tetapi tidak mendapat kesan seperti yang diinginkan. Mungkin kerana motivasi dah berkurang, atau diet terlalu menyusahkan hingga anda tidak ada semangat untuk meneruskannya.

Berikut saya ingin kongsikan 8 Tips Diet Berkesan yang boleh membantu anda mendapat hasil yang diinginkan dengan Herbalife.

Tips Diet berkesan #1. Tetapkan goal dan matlamat


Salah satu pendorong kejayaan dalam menurunkan berat badan ialah denan menetapkan matlamat yang realistik dan jelas sebelum bermula. Dengan menetapkan matlamat yang kecil, ia mudah dicapai akan memberikan keyakinan yang lebih tinggi untuk meneruskan usaha.

Tips Diet Berkesan #2 : Lakukannya dengan perlahan

Kejayaan berdiet tidak berlaku dengan sekelip mata. Dengan melakukan perubahan kecil, anda akan mendapat kesan yang sedikit tetapi anda tidak akan rasa sukar melakukannya. Anda juga lebih mudah untuk kekal dengan tabiat sihat tersebut. Contoh tabiat sihat adalah seperti minum air lebih banyak, mengurangkan air manis atau kurangkan snek.

Tips Diet berkesan #3: Jangkakan kesilapan

Jika anda teringin sesuatu makanan, tidak salah jika anda ingin merasanya sedikit. Contohnya anda ingin merasa keropok lekor. Cukup sekadar mengurangkan rasa teringin dengan makan sekeping sahaja. Jangan ada fikiran, alang-alang sekeping, elok habiskan semuanya!

Jangan menhaan diri anda daripada tidak merasainya langsung. Ini kerana apabila anda rasa terlalu teringin dan sudah tidak dapat menahannya, anda berkemungkinan akan makan lebih dari sepatutnya

Tips Diet Berkesan #4 Fahami bahawa anda tidak sempurna

Adalah normal jika sekali sekala anda melanggar pantang diet anda. Jangan salahkan diri tetapi nikmati makanan tersebut pada masa itu. Akan tetapi jangan terus melakukan 'cheat day' setiap masa. Apabila terlalu kerap anda akan merasakan bahawa tidak mengapa untuk terus melakukannya.Ini akan memberikan kesan untuk usaha turun berat badan anda. Mulakan hari baru dengan kembali kepada diet yang betul.

Tips Diet Berkesan #5 : Dapatkan kawan yang mempunyai keinginan sama seperti anda


Diet secara berseorangan adalah tidak menyeronokkan. Lebih-lebih lagi jika orang sekeliling anda tidak menyokong usaha anda untuk memilih diet yang sihat. Dapatkan bantuan seorang Coach Herbalife untuk membantu anda mengekalkan motivasi. Anda juga boleh menyertai group sokongan diet di Facebook untuk membantu mereka yang ingin memulakan diet dengan produk Herbalife.

Jika anda ingin menyertai Facebook Group saya untuk bantuan dan panduan diet dengan Herbalife, boleh request untuk join Turun Berat Badan dengan Aziera Yazid. Ketahui bagaimana untuk menyertai group di sini.

Tips Diet Berkesan #6: Bersabar

Satu cabaran besar dalam menurunkan berat badan ialah apabila anda mengalami berat badan yang kekal, atau 'weight loss plateau'. Berat badan anda mungkin akan kekal pada nombor yang sama di penimbang dalam beberapa jangka masa tertentu selepas berdiet. Ini adalah normal. Apa yang perlu anda lakukan jika ini terjadi ialah melakukan beberapa perubahan dalam diet anda seperti menambah aktiviti senaman, atau kaji semula pengambilan makanan mungkin anda ada lari daripada yang sepatutnya. Ubah apa yang sepatutnya. Sabar dan teruskan dengan usaha anda

Tips diet berkesan #7: Berikan hadiah untuk usaha keras anda.

Diet ialah satu usaha yang tidak mudah dan bukan sesuatu yang menyeronokkan. Anda boleh menyediakan ganjaran kepada diri anda sendiri jika anda berjaya meneruskan usaha anda ke beberapa peringkat tertentu. Contoh ganjaran adalah seperti dapatkan sesi urutan, seluar jeans baru atau keluar bersuka ria dengan kawan-kawan. Dnegan memberikan ganjaran kecil seperti ini dapat memberikan lebih semangat untuk anda meneruskan usaha dan mendapat kesan jangka masa panjang yang baik untuk diri anda.

Tips diet berkesan #8: Dapatkan program diet yang sesuai untuk anda

Menurunkan berat sebenarnya lebih mudah daripada cuba mengekalkan berat yang sudah diturunkan. Mengawal berat badan sebenarnya ialah satu usaha sepanjang hayat. Jika anda pernah mengalami masalah dalam mengekalkan berat badan, mungkin anda boleh memulakan semula dengan mendapatkan nasihat daripada pakar seperti pakar nutrisi, kaunselor ataupun seorang jurulatih yang berpengalaman membantu ramai orang menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Mereka boleh bantu anda kenalpasti kenapa berat badan anda sukar dikawal dan mereka boleh cadangkan pelan yang sesuai untuk anda.




Jika anda ingin ketahui bagaimana cara untuk anda dapat menurunkan berat badan dan mengekalkannya dengan tips diet berkesan dari Coach Herbalife yang berpengalaman, anda boleh mendapatkan analisa kesihatan secara percuma di sini.




Aziera Yazid
p:017 - 9360797 | m:019 - 2208901 | e:aziera@azierayazid.com | w:http://azierayazid.com



Nak tau cara makan Herbalife untuk turunkan berat?

Adakah anda sudah tau cara makan Herbalife yang betul untuk turunkan berat?


Ramai orang yang ingin turunkan berat dengan produk Herbalife. Ada yang berjaya, ada juga yang tidak.

Rahsia utama kejayaan menurunkan berat ialah dengan mengikuti cara yang betul dalam program menurunkan berat dengan Herbalife. Bantuan Jurulatih sangat penting untuk rujukan dan juga memberikan motivasi dan semangat supaya kita tidak mudah putus asa.

Jika anda ingin kurus dengan Herbalife, perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah melantik seorang Jurulatih, atau Coach Herbalife untuk bantu anda dalam misi menurunkan berat badan ini. Saya turun 18kg dengan produk Herbalife. Lantik saya sebagai Coach Herbalife anda sekarang.

Jika anda mempunyai produk Herbalife, cara makan Herbalife yang betul adalah penting untuk mencapai kesan yang anda inginkan.


Kenapa cara makan Herbalife penting untuk turunkan berat?


Ini ialah kerana Herbalife ialah makanan kesihatan yang boleh menaik, menurun dan mengekalkan berat badan.

Produk yang sama untuk kurus dan juga tambah berat? Jawapannya, Ya.

Jadi, tidak mustahil jika anda ingin turunkan berat tetapi dengan cara makan Herbalife yang kurang tepat, anda mungkin akan tambah berat badan.

Bagaimanakah cara makan Herbalife yang betul untuk turunkan berat?


Cara terbaik ialah yang disediakan oleh Coach Herbalife masing-masing. Jika anda sudah mempunyai produk Herbalife dan coach sendiri, anda sepatutnya mengikuti segala tunjuk ajar yang diberikan oleh Jurulatih anda tersebut. Dengan bantuan Coach anda boleh capai hasil turun berat badan yang diinginkan.

Tetapi bagaimana pula jika anda belum pernah menggunakan produk Herbalife dan masih belum mempunyai Coach? Adakah anda ingin tahu cara makan Herbalife yang betul untuk turunkan berat terlebih dahulu sebelum menggunakannya?

Atau, adakah anda sudah mempunyai produk Herbalife tetapi tiada coach yang dapat membantu anda? Mungkin orang yang menjual produk tersebut sudah tidak dapat dihubungi, atau anda rasa ingin nasihat dan sokongan tambahan untuk membantu anda?

Saya selalu menerima email dan mesej dari ramai orang bertanyakan cara minum Herbalife yang betul. Jadi, saya telah mengambil keputusan untuk membantu lebih ramai lagi orang mendapat hasil terbaik dengan produk Herbalife. Saya ingin bantu orang lain yang nak kurus dengan Herbalife supaya dapat mencapainya bersama-sama.

Anda boleh sertai Group FB: Turun Berat Badan dengan Aziera Yazid untuk panduan nasihat cara makan Herbalife bagi menurunkan berat. Group ini ditubuhkan bagi membantu ahli-ahli saya dan juga sesiapa sahaja yang berminat untuk turun berat badan secara sihat dengan produk Herbalife. Ahli dalam group ini boleh bertukar-tukar pendapat, nasihat dan bersama-sama membantu ahli group yang lain untuk mendapat hasil kurus dengan Herbalife bersama-sama.



Saya faham bahawa untuk turunkan berat secara berseorangan bukanlah mudah. Saya juga berjauhan daripada Coach Herbalife saya secara Online, tetapi mempunyai ramai kawan sekeliling untuk membantu saya. Oleh itu saya bersedia membantu anda dengan cara makan Herbalife yang betul supaya anda mendapat hasil yang diinginkan.

Cara untuk menyertai Group FB ini mudah sahaja. Anda boleh hantar email ke aziera@azierayazid.com dan saya akan emailkan mengenai cara menyertai group Turun Berat Badan dengan Aziera Yazid ini.

Aziera Yazid telah berjaya turun berat badan sebanyak 18kg dengan menggunakan produk Herbalife dan merupakan seorang Coach Herbalife yang boleh membantu anda mendapat tips kuruskan badan menggunakan produk Herbalife.
Download ebook Aziera. Ketahui Bagaimana Saya Turun Berat Badan Walaupun Sibuk
photo
Aziera Yazid     


Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...