Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Sunday, July 12, 2009

Back to blogging world

Lama betul aku berhenti buat post baru. Maybe ramai yang tau, last weekend kenduri kawin adik ipar. So, keadaan memang sangat busy. Sambil tu kerja pun banyak kat opis, nak menyiapkan banyak benada untuk program baru kat kolej ni.

Alkisahnya kesibukan aku untuk kenduri kawin tu mula dari hari Khamis, every night kena berhijrah ke rumah kakak ipar, tempat berlangsung kenduri tu. Jumaat malam, majlis akad nikah, Sabtu kenduri rumah perempuan dan Ahad pulak kenduri belah kami. So tiap-tiap malam lepas pukul 1pagi baru balik ke rumah. Ada jugaklah beberapa gambar yang sempat diambil, tapi aku tak letak dalam post ni kot. Lagipun belum copy habis dari adik ipar.

Dan buat kali pertama sejak aku amik Herbalife dari bulan 12 dulu, hari Ahad tu first time aku tak amik shake langsung. Breakfast macam biasa cuma aku amik kuih jelah, bukan nasi. Sebab pagi Ahad tu ada family Abang Ngah tidur dirumah. So pagi-pagi lagi aku dah beli breakfast di pasar, nasik lemak, nasi dagang dan kuih-muih. Bila kakak ipar ajak breakfast sekali, teruslah aku decide tak nak amik shake. Lagipun memang dah budget untuk kenduri ni, memang nak release kan diri sekejap dari control makan. Sudahnya, macam-macam makanan yang masuk dalam mulut masa ni.

Tengahari Ahad tu, kenduri belah kami di rumah kakak ipar di Kuantan ni. Kalau nak tau, husband aku orang Jerantut. Tapi since dah tak ada siapa duduk di rumah Jerantut tu, dan mak mertua aku pun dah tak berapa sihat, so dia duduk dengan anak-anak je. Kadang-kadang di Melaka, banyak di Kuantan, dan kdg2 di KL.

Untuk kenduri kami, lauk disediakan oleh catering je. Abang ipar upah dengan katerer dari Cenderawasih untuk masak nasik dan lauk-lauk kenduri. Pada pendapat aku, lauk-lauk tu takde yg special sangat pun. Service pun tak berapa memuaskan sangat. Tapi Alhamdulillah mampu sediakan makan untuk orang ramai yg datang kenduri tu hari tu.

Yang tak sedapnya ialah cerita selepas kenduri. Mula dari pagi Isnin, aku dah mula rasa sakit perut. Lepas shake untuk breakfast pagi tu, aku start muntah-muntah dan berulang-alik ke toilet. 2 hari cuti yang aku ambik dihabiskan dengan tidak membuat apa-apa sebab badan jadi lemah. Apa-apa makanan yang masuk semuanya keluar balik. Dalam perut jadi panas, dan penuh dengan angin. Nasib baik masuk kerja hari Rabu, dah semakin sihat.

Dari hari Rabu hingga semalam pulak, aku bertungkus-lumus siapkan beberapa assignments yang orang upah. Dahle masa di opis kena settlekan kerja-kerja yang banyak. Staff evaluations pun belum dapat siapkan lagi. Dan malam semalam aku memang tak tidur langsung untuk siapkan assignments tu. Semuanya due semalam.

Akhirnya hari ni barulah aku dapat bernafas lega sebab benda-benda yang tertunggak kena buat sejak bulan lepas dah siap. Walaupun tak dapat berehat sepenuhnya sebab kena kemas rumah, gosok baju, baja pokok-pokok kat luar rumah dll, tapi seronok sebab dah tak ada benda yang tertunggak lagi. Cuma kerja-kerja kat opis macam biasalah...mana pernah habis. Dan hari ni baru dapat taip post baru, lepas baca blog kawan-kawan bloggers lain yang dah lama tak sempat jenguk.

So aku rasa cukup setakat ni dulu bagi posting mengenai kenapa dah lama aku tak post dalam blog. Banyak lagi benda kena buat lepas ni. InsyaAllah aku akan keep updating the blog dgn post2 baru. Antara benda lain yang kena buat:
  1. Puasa - to tell the truth tak pernah lagi puasa dengan bersahur shake. So kena practise dulu before Ramadan. Nanti aku akan letakkan cara-cara bershake masa puasa. Kena try dgn diri sendiri dulu.
  2. Jaga makan- kena balik semula mengawal makan sebab sejak beberapa hari ni makan dah jadi tak teratur.
  3. Get back to fitness - continue class pilates dan mulakan workout Jillian M yang dah lama download tapi tak pernah buat.
Ok cukup tu dulu. Yang pasti, the first thing yg aku nak buat lepas ni ialah untuk tengok Season Finale Grey's Anatomy Season 5. Nak tahu apa kesudahan cerita Meredith dan Derek. Until next time!

No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...