Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Thursday, January 14, 2010

Kenapa kita terlebih makan?

Pagi ni sempat membaca transcript daripada healthcastle.com mengenai topik kenapa kita terlebih makan? Memang bagus transcript ni. Rasa masa tersedar sekejap sambil dalam hati bercakap, "Oooooo..."

Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut boleh ke sini. Tetapi secara ringkasnya Dr Kessler tu menerangkan bahawa kebanyakan makanan yang telah diproses yang kita selalu makan sebagai snack, atau untuk 'hidangan segera' mengandungi kombinasi lemak dan gula atau lemak dan garam (fat & sugar or fat & salt). Kombinasi dalam makanan ini menyebabkan kita semakin terasa nak makan makanan itu. Ini masalah besar berlaku di US sekarang di mana makanan seperti ini mudah didapati 24/7, menyebabkan kita sentiasa hendak mahu makan.

I thought when I was eating, I was eating to fill myself up, I was easting for nutrition, I was eating for satisfaction. I didn't even realize that most of the time, when I'm eating what I am doing is just stimulating myself to eat more and more.

Dr Kessler menggalakkan semua orang mengikuti jejak langkah orang French yang jarang-jarang obesiti. Tricknya ialah kerana mereka makan dalam kuantiti yang sedikit (kira-kira 1/3 drpd average rakyat Amerika makan) dan hanya makan pada waktu makan sahaja.

Selalunya perasaan hendak makan adalah kerana terdapat queue dalam otak, atau dalam bahasa Melayunya kita terdetik atau teringin nak makan sesuatu. Ini mungkin kerana bila kita ke shopping mall, lalu depan McD tiba-tiba terasa teringin nak makan kat situ. Bila kita nampak makanan ringan di dapur tiba-tiba rasa nak mengunyah datang. Ini merupakan signal yang dihantar daripada otak kita menyebabkan kita selalunya mengikut sahaja rasa teringin kita tu, dan mula makan tanpa mengira sama ada makanan itu baik atau tidak untuk kita.

Rasa teringin bukan hanya disebabkan bau dan perisa makanan tersebut tetapi memori kita dalam merasa makanan itu pada suatu ketika, dan pengalaman ketika mengambil makanan tersebut, menyebabkan kita terasa untuk mengambil makanan itu. Walaupun pengalamanan itu berlaku beberapa lama yang lalu. P erasaan teringin inilah menyebabkan kita mudah terlebih makan, dan mengambil makan di luar keperluan.

Perasaan ini sebenarnya sekejap sahaja. Bila rasa teringin datang, kita sepatutnya boleh mengawalnya sendiri tanpa terlalu mengikut perasaan teringin itu.

Caranya ialah dengan melihat kepada makanan itu sebagai sesuatu yang membahayakan. Bila kita lihat makanan segera sebagai sesuatu yang kita suka dan sayang, atau sebagai kawan, maka lebih susah untuk kita menghilangkan rasa teringin itu.
So put in place certain boundaries and plan your eating. Know what you are going to eat and when you are going to eat. Then really change your relationship with food. Food needs to be enjoyable. We have to make food pleasurable. But certainly big portions, processed foods, we need to change how we view that.
Perkara paling asas ialah mengawal dan mengurangkan saiz makanan kita:-
  • Dengan mengurangkan kepada separuh saiz sudah dapat membantu dalam mengurangkan berat.
  • Dan kurangkan mengambil makanan yang telah diproses seperti junk food, fast food.
  • Kurangkan gula, garam dan lemak dalam diet
Let's not look at our food the same again!

No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...