Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Tuesday, March 23, 2010

Makanan Sihat #4: Almond (Badam)


Badam yang merupakan sejenis kekacang, mempunyai banyak kebaikan. Walaupun dengan makan badam tidak dapat menguruskan badan, tetapi dengan pengambilan yang berpatutan, dapat membantu dalam menurunkan badan.

Sebelum ini pun pernah ditulis dalam post sebelum ini mengenai pesan seorang Pilates trainer supaya mengambil badam sebanyak 7 biji sehari sudah dapat membantu untuk mengawal berat badan. Daripada banyak rujukan, 1oz-2oz sehari, kira-kira 1 genggam kacang badam/almond ini sehari sudah dapat membantu untuk menjadi snack yang sihat dan berkhasiat.

Jadi, apa sebenarnya yang terkandung dalam badam yang menjadikannya sangat istimewa?

  • Badam merendahkan paras Kolestrol jenis LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Merupakan sumber Vitamin E untuk kepeluan seharian, selain mengandungi magnesium, zinc, iron, fibre and sumber lemak jenis monosaturated.
  • Mengandungi lebih kalsium daripada jenis kekacang yang lain -sumber kalsium yang baik untuk vegetarian.
  • Membantu menurunkan berat badan - lemak jenis monosaturated dalam badam memberikan lebih kepuasan kepada selera makan dan mengawal makan berlebihan. Badam mengandungi jumlah kalori yang sedikit dan kajian mendapati dengan pengambilan yang berpatutan boleh mengawal berat badan dan menurunkan BMI.
  • Mengelakkan dan mengawal diabetes dengan menurunkan kadar gula dalam badan selepas waktu makan.
  • Fiber dalam badam membantu sistem perkumuhan.
  • Meningkatkan tenaga badan
  • Baik untuk ibu mengandung kerana mengandungi asid folik.
Badam sebaiknya dimakan secara mentah atau sebagai tambahan kepada menu seperti salad. Elakkan mengambil badam bergula atau bergoreng sekiranya anda ingin mengawal berat badan.

P/s: Untuk mendapatkan panduan dan nasihat mengenai cara menurunkan berat badan dengan Herbalife, boleh rujuk di sini


No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...