Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Thursday, May 20, 2010

Diet Destroyer

If you are a fan of Oprah Winfrey, then you must know Dr Oz.

Ini aku terjumpa sebuah artikel yang sangat menarik, mengenai faktor-faktor yang mungkin menggangu diet kita seperti yang diberitahu oleh Dr. Oz.

Cubalah, mana tau berkesan, kan?

1. Warna panas
Warna panas macam kuning dan merah merupakan pemusnah diet. Warna biru merupakan warna natural untuk menurunkan selera makan, dan kira-kira 30% orang kurang makan dalam bilik yang mempunyai cat bewarna biru. Anda rasa mahu tukar warna cat di dining area rumah anda?

2. Mangkuk Tranparent
Menurut Dr Oz, dalam sebuah kajian oleh International Journal of Obesity, wanita makan 71% lebih banyak dalam bekas transparent(jarang) kerana mereka lebih berselera. Pilihlah bekas makanan seramik instead of bekas makanan kaca / plastik yang berwarna jernih.

3. Hiasan bunga
The Smell & Taste Foundation in Chicago telah mendapati bahawa wangian yang dihasilkan oleh buah-buahan boleh memberikan rasa cepat kenyang dan mengurangkan pengambilan makanan. Jadi gantikan hiasan bunga atas meja makan anda kepada a basket of fruit ;).

4. Lampu malap.
Manusia akan makan lebih banyak bila mereka tidak dapat melihat makanan dengan lebih terang. Jadi gunakan lampu cerah di tempat makan anda!

Boleh lawati laman web Dr Oz untuk tips menarik dan nasihat kesihatan lain.

2 comments:

  1. Alamak..kena tukaq cat nih...
    Good info la kak..Thank's

    ReplyDelete
  2. Hahahaha

    Sue, Akak pun baru je cat dapur color kuning. Bahaya betul, boleh tambah selera makan rupanya :P

    ReplyDelete

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...