Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Friday, August 20, 2010

Entry di bulan puasa

Masa dalam bulan puasa ni agak terhad untuk aku menulis walau satu post pun dalam blog ini. Tapi oleh kerana dah lama sangat tak post entry, rasanya it's time to do it.

Rasanya kebanyakan orang pun sama. Masing-masing dalam bulan Ramadhan ni cuba memperbaiki diri, menambah pahala dengan meningkatkan amalan, selain menjaga kesihatan diri masing-masing. Dalam pelbagai sumber juga memang diberitahu bahawa amalan berpuasa dan bertarawikh pada malamnya dia bulan Ramadhan ini memang satu amalan yang baik dan sihat untuk badan. Asalkan kita masih beringat-ingat waktu berbuka, dan jangan membazir. Kerana amalan pembaziran juga merupakan satu ujian di bulan Ramadhan ni.

Untuk diriku sendiri, waktu hari minggu jelah ada masa untuk berehat sedikit. Pada hari-hari bekerja memang waktu memang 'packed'. Waktu kerja kami adalah dari 8:30 pagi hingga 4:30 petang. Waktu tengahari lepas Zuhur ada aktiviti tadarus. Pukul 4petang pulak dah mula dengan tazkirah, dan lepasa tu solat Asar berjemaah.

Lepas kerja, balik rumah terus berkejar ke dapur untuk memasak pulak. Waktu malam lepas terawikh je masa nak rileks sekejap sebelum masuk tidur. Nak mengadap komputer memang tak ada masa langsung waktu malam ni. Pukul 4:30 pagi pulak dah bangun untuk siapkan lauk sahur untuk suami. Lepas Subuh kdg2 ambil peluang untuk baring sebelum bersiap ke pejabat, dan siapkan anak-anak ke tadika.

Tapi Alhamdulillah, bulan Ramadhan tahun ni memang penuh bermakna. Banyak benda yang aku dapat belajar terutamanya untuk meningkatkan ilmu dan pahala. Harap-harapnya lepas ni dapatlah kita meneruskan segala amalan baik yg kita lakukan di bulan puasa ini, untuk sepanjang masa.

Apa yang aku sedari ialah, kita memerlukan bantuan dan nasihat daripada mereka yang lebih berilmu dan berpengalaman, sebagai cara kita dapat mencapai kejayaan seperti mereka juga. Contohnya dalam membaca Al-Quran, kita diwajibkan untuk sentiasa membetulkan bacaan dan tajwid, dan dengan bimbingan seorang Ustzah, Alhamdulillah kelemahan diri dapat dikenalpasti dan diperbaiki.

Begitu juga dengan aktiviti seperti mendengar tazkirah. Kita akan sentiasa mendapat ilmu dan motivasi untuk menjadi orang yang lebih baik. Dan sebagai umat Islam juga, kita sepatutnya mencontohi amalan-amalan Rasulullah S.A.W. supaya hidup kita sentiasa mendapat pahala dan keberkatan.

Dalam kehidupan seharian juga, kita memerlukan mentor/coach untuk memajukan diri kita.Tak kiralah dari segi perniagaan, atau pun usaha seperti menguruskan berat badan. Dengan panduan dan nasihat yang betul, dan disiplin diri barulah kita dapat memperolehi apa yang kita ingin capai.

Insya-Allah sama-samalah kita berdoa supaya kita amalan berpuasa kita diterima oleh Allah. Sambil-sambil tu selamat menyiapkan diri dan keluarga untuk Aidilfitri!

No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...