Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Tuesday, August 31, 2010

Losing it With Jillian on Hallmark

Ingat tak aku pernah post mengenai rancangan ini sebelum ini di sini? Yes, rancangan ini dah pun disiarkan di Astro Hallmark Channel 702 pada setiap Selasa jam 9:oomlm. Mungkin ramai yang dah tengok, atau ada juga belum berkesempatan kerana mengerjakan terawikh. Re-run untuk rancangan ni kalau tak silap, ada pada hari Sabtu.

Memang menarik ceritanya kerana, cara Jillian, seperti yang kita semua tahu, memang keras dan tegas. Kesian jugak tengok dia ' push' insan-insan terpilih dalam rancangan tu untuk workout walaupun baru je kenal beberapa minit, daripada hari pertama dalam seminggu dia duduk dengan family yang terpilih tu.

Tengok kepada cara Jillian tu, maknanya memang kita kena betul-betul 'push' diri kita to the limit. Kalau rasa nak pengsan ke, tak larat ke maknanya kita masih lagi kena buat dan tak boleh berhenti. Tengok pada pengalaman trainees dia, selepas beberapa hari buat energy akan datang dan badan akan boleh bertahan dengan training yang teruk macam tu. Tapi kalau dengan diri kita boleh ke buat? Especially untuk orang yang tak pernah bersenam? And after 6 weeks diorang dapat turun dengan banyaknya pulak tu. Hmm...rasa-rasa reality ke atau ada unsur-unsur lakonan semata-mata?

Anyway, kita ambil yang positiflah. Maknanya setiap dari kita mampu untuk melakukan apa saje yang kita nak buat, as along as kita bersedia untuk 'push' diri kita untuk mencapainya. Semua kejayaan perlu bermula selangkah demi selangkah. Don't expect to achieve everything at the very begining. Yang penting, semangat, usaha dan berterusan.

Tengok rancangan ni betul-betul motivasi diri untuk cuba start workout balik selepas habis bulan Puasa ni. Hopefully dapat start cepat. Risau gak 2 minggu cuti Raya nanti macamana agaknya dengan corak pemakanan kita? Adakah a few kilos yg kita berjaya turunkan untuk 30 hari ni akan kembali semula untuk jangka masa yang singkat? Hopefully not.

No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...