Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Wednesday, December 29, 2010

Y-E-S (Year-End-Scale)


Tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun baru akan menjelang. Year End Sale pun akan berakhir juga.

Sambil-sambil kita semua sibuk mengejar masa dan mengorek duit simpanan untuk dibelanjakan semasa musim potongan hebat di semua pasaraya waktu YES ni, kita pun kena bersiap sedia untuk menghadapi tahun baru.

Biasanya setiap awal tahun, semua orang masing-masing akan mula ‘set’kan azam tahun baru. Tak kisahlah nak create azam yang baru ke atau rewrite balik azam yang tak tercapai tahun lepas, tapi masing-masing ada keinginan untuk dicapai pada tahun ni.

Majoritinya, walaupun bukan semua, akan meletakkan salah satu azam iaitu untuk kurus pada tahun baru ini. Kalau tak cakap nak kurus pun, at least nak kurangkan berat badan. Ramai jugak yang setkan terus target berat pada tahun 2011. Ini lebih baik.

Azam is good,’ coz azam yang kita letakkan itu ialah ‘goal’ atau matlamat yang ingin kita capai. Untuk berjaya, adalah penting kita set dulu apa yang ingin kita capai. Ini akan lebih mendorong kita untuk mencapai kejayaan. Tetapi kita harus set goal yang boleh dicapai. Jangan set impossible goals. Nanti bila terlalu susah nak capai, kita pulak hilang keyakinan diri, ataupun membuatkan kita mudah putus asa.

Seelok-eloknya pada masa sekarang ni, selain daripada kita membakar kalori dengan berjalan di sekeliling pasaraya mencari barang-barang ‘On Sale’, kita juga harus mengukur berapa berat badan kita yang terkini. Berat badan pada akhir tahun 2010. Ini yang saya namakan Y-E-S.

Bila dah tahu berat pada akhir tahun 2010 ni, maka mudahlah kita membuat azam dan nekad berat badan/ target weight yang ingin dicapai sepanjang tahun 2011. Mungkin pada akhir tahun 2011 nanti, berapakan berat yang ingin kita perolehi.Dengan pengurangan 0.5 kg setiap minggu pun, akan menjadikan kita seorang yang slim dalam masa setahun (Kalau turun 0.5 kg seminggu,boleh turun 2kg sebulan dan 24kg setahun)

Untuk memudahkan lagi perjalanan kita, dan sebagai satu motivasi, lebih baik kalau kita pecahkan azam dan target weight kita kepada beberapa bahagian. Contohnya, pada akhir suku tahun 2011 kita dah berjaya turunkan 10kg atau berapa kg yang kita nak, bergantung kepada berat badan kita. Pada masa tu nanti kalau berat badan kita masih belum berubah, atau makin bertambah, peluang untuk berubah dan nak insaf pun, dah tak terlalu lambat.

So, don’t forget to get your Yead-End-Scale, and set your target weight for 2011!

Picture Source

No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...