Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Thursday, March 3, 2011

Blog terbaikkah?



Orang lain tidak akan dapat merasakan apa yang aku rasa apabila menerima mesej dalam Facebook daripada seorang pengguna Herbalife yang tidak kukenali, siang tadi. Mesej yang disampaikan cukup ringkas tapi sungguh memberi kesan bermakna kepada aku hingga kini.

Dalam mesej itu dinyatakan bahawa pengirim mesej itu merasakan bahawa blog ini adalah (aku quote)
"Blog Herbalife dalam Bahasa Malaysia terbaik"

Alhamdulillah, aku sungguh bersyukur apabila menerima komen seperti itu.

Aku bersyukur apabila apa yang tulis dalam blog sedikit sebanyak berjaya meningkatkan motivasi orang lain.

Aku sangat bersyukur apabila informasi yang aku sharekan disini dapat dijadikan panduan oleh orang lain.

Walaupun aku telah beberapa kali menerima komen yang baik mengenai blog ini, tetapi komen tadi paling memberikan kesan kepada aku. Ini telah meningkatkan semangat untuk aku terus menulis dan berkongsi maklumat dalam blog ini.

Ini kerana, apabila kita menulis dengan ikhlas, orang lain akan dapat rasakan keikhlasan diri kita. Apabila kita tulis terus dari hati, maka dapatlah orang lain membaca isi hati kita.

Tujuan aku menulis blog ini adalah untuk menceritakan pengalaman aku menggunakan produk Herbalife, kesan dan perubahan yang aku alami setelah menggunakan produk ini. Aku juga ingin menyampaikan cara yang betul seseorang untuk  menguruskan berat badan.

Syukurlah sekiranya blog ini sedikit sebanyak telah membantu orang lain mengenali produk Herbalife yang hebat ini. Syukurlah sekiranya produk ini telah mengubah hidup orang lain. Semoga lebih ramai orang menggunakan produk ini dan mengetahui kebaikan yang diberikan.

Sekiranya anda masih mencari-cari lagi produk yang sesuai untuk menurunkan berat badan, menaikkan berat badan, atau untuk mengekalkan berat badan, Herbalife adalah jawapannya.

No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...