Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Thursday, September 29, 2011

Terma & syarat

Salam Jumaat.

Mungkin saya belum pernah menyatakan sebarang syarat bagi sesiapa yang ingin menghubungi saya bagi bertanyakan mengenai produk Herbalife. Saya rasa ini adalah masa yang sesuai memandangkan setiap masa semakin ramai yang menghubungi saya untuk mendapatkan produk Herbalife ini, sedangkan mereka sudah mendaftar sebagai ahli dan mempunyai coach masing-masing.

Oleh itu, sekali lagi saya ingin menyatakan di sini bahawa saya tidak akan dapat menerima sesiapa menjadi ahli dengan saya sekiranya anda, atau pasangan hidup anda, sudah mendaftar ahli dalam masa 2 tahun sebelum ini. Saya sama sekali tidak akan melanggar peraturan Herbalife yang melarang pengedarnya menjual produk kepada seseorang yang telah mendaftar dengan coach masing-masing.

Oleh itu, adalah diharapkan sekiranya anda sudah mendaftar, tetapi menghadapi masalah dengan coach anda, sama ada dia MIA, atau sukar dihubungi, atau tidak mahu bekerjasama dengan anda, harap anda sabar dan dapat menerima kenyataan ini. Seperti kata salah seorang Millionaire Team baru-baru ini,apa yang saya boleh bantu anda ialah untuk menyampaikan apa yang anda patut tahu iaitu, untuk memesan produk anda boleh lakukan secara online di website Herbalife ini walaupun Coach anda tiada di sisi.

Walau bagaimana pun, sekiranya anda belum pernah mendaftar dengan Herbalife, anda di alu-alukan untuk menghubungi saya untuk bertanyakan mengenai produk dan keahlian.

Walau pun anda pernah menggunakan produk Herbalife sebelum ini,  tetapi tidak pernah mendaftar sebagai ahli, anda boleh melantik saya sebagai Coach untuk hasil yang lebih baik.

Harapan saya supaya semua orang mendapat hasil terbaik daripada produk ini. Jangan jadi seperti cartoon di bawah ye!

No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...