Tuesday, August 19, 2014

Kerjaya Coach Bebas Herbalife

Coach Bebas Herbalife : Kerjaya pilihan saya

Sebagai seorang Pengedar Bebas Herbalife, saya lebih selesa dikenali sebagai seorang Coach Turun Berat Badan kerana spesifikasi tugas saya ialah untuk menjadi jurulatih untuk membantu orang lain sihat dengan Herbalife. Dengan produk yang bagus dan berkualiti, seseorang yang ingin menjadi lebih sihat atau menurunkan berat badan dengan Herbalife, perlu tahu bagaimana menggunakan produk ini dengan betul. Saya juga hanya perlu berkongsi mengenai produk Herbalife dan kebaikannya, sama ada melalui Internet ataupun di luar.




Sejak kebelakangan ini saya lebih banyak menambah maklumat dalam website Herbalife saya di azierayazid.com. Website ini saya bina untuk memberikan lebih banyak maklumat yang biasa dicari oleh orang ramai di luar mengenai produk Herbalife.

Walau bagaimana pun, blogspot ini pula merupakan cerita kisah saya sendiri sejak dari permulaan saya menggunakan Herbalife. Rasa agak bersalah kerana sudah lama saya tidak bercerita dalam blog ini. Jadi, saya ambil keputusan untuk terus mengemaskini blogspot ini dengan cerita yang lebih santai, tentang kisah seharian saya sebagai seorang Coach Bebas Herbalife secara separuh masa.

Download ebook untuk baca kisah saya turun 18kg dengan Herbalife

Coach Bebas Herbalife separuh masa

Kenapa saya katakan separuh masa walaupun saya sudah berhenti kerja dan melakukan bisnes Herbalife ini secara online di rumah? Ini kerana saya melakukannya sambil menguruskan keluarga dan anak-anak. Kalau diikutkan, jadual seharian saya lebih sibuk daripada orang yang bekerja makan gaji di pejabat. Kenapa saya memilih untuk berhenti kerja walau pun saya boleh melakukan Herbalife separuh masa? Nanti saya ceritakan di lain masa. Mungkin keluarkan satu lagi ebook untuk kisah kenapa saya berhenti kerja ;)

Sehingga hari ini saya tidak pernah menyesal memilih untuk melakukan Herbalife ini secara sepenuh masa. Walaupun sibuk dengan tugasan sebagai seorang isteri dan ibu, saya rasa berpuas hati melakukannya. Saya rasa amat bersyukur kerana bukan semua orang berpeluang menikmati masa bersama keluarga yang saya perolehi sekarang.

Sebagai seorang ibu sepenuh masa, saya sangat berpuas hati apabila dapat menguruskan anak-anak di rumah, menghantar dan menjemput mereka di sekolah, sambil menjaga anak ketiga saya secara sepenuhnya. Saya masih ingat lagi pengalaman terpaksa menghantar dua anak saya ke rumah pengasuh dan taska kerana saya terpaksa bekerja seharian di pejabat. Hanya tawakal dan berdoa sahaja pada Allah supaya mereka selamat dan gembira kerana terpaksa tinggal bersama orang lain.


Kebebasan sebagai seorang Coach Bebas Herbalife.

Jika ada yang ingin tahu mengenai pendapatan yang saya terima sebagai seorang coach Herbalife biarlah saya katakan bahawa pendapatan yang saya terima adalah berbaloi dengan kebebasan yang saya dapat.  Memang sebagai manusia, kita impikan mendapat duit banyak. Terus terang jika duit yang saya kejar, saya tidak akan berhenti daripada kerjaya saya sebagai seorang Pengarah Bahagian IT yang selesa mendapat pendapatan bulanan secara tetap. Tambahan lagi saya boleh melakukan Herbalife secara separuh masa melalui Herbalife Online blog saya ini. Tapi itu semua bukanlah menjadi keutamaan. Saya lebih suka hidup secara bersederhana dan menikmati kehidupan yang bukan mengharapkan wang semata-mata.

Apa yang saya dapat sekarang ialah kebebasan masa. Saya bebas memilih waktu kerja saya sendiri. Saya dapat meluangkan masa bersama anak-anak sambil bekerja. Saya bebas memilih waktu kerja yang saya inginkan.

Selain itu juga, dengan bekerja sendiri saya dapat membebaskan diri saya daripada berada dalam keadaan 'terpaksa'. Saya tidak perlu memaksa diri untuk bekerja dalam situasi yang kurang selesa. Saya juga tidak perlu 'terpaksa' bekerja dengan orang yang saya kurang senangi. Hidup saya sekarang dikelilingi oleh orang-orang positif setiap hari. Dan saya boleh memilih dengan siapa saya ingin melakukan bisnes saya.

Sebagai Coach Bebas Herbalife saya bukan setakat menjual produk sahaja, tetapi saya menyediakan servis atau perkhidmatan kepada masyarakat. Apabila seseorang ingin mengetahui harga Herbalife 2014 atau mendapatkan produk Herbalife, saya bukan setakat menjalankan bisnes jual-beli sahaja. Saya akan memastikan bahawa produk Herbalife memang betul-betul sesuai dengan keperluan seseorang itu. Selain itu juga semua Coach Herbalife akan menyediakan after-sales service. After-sales service ialah sokongan, panduan dan follow up bagi memastikan pelanggan menggunakan produk dengan betul supaya mereka mendapat kesan Herbalife yang diinginkan.

Kesimpulannya, selepas lebih dari 5 tahun menjadi coach Bebas Herbalife, saya rasa sangat berpuas hati dan bersyukur dengan kehidupan saya yang sederhana sekarang. InsyaAllah impian saya untuk mencapai kebebasan kewangan akan tercapai satu hari nanti. Apa yang penting sekarang ialah saya akan terus berkongsi tentang kebaikan produk Herbalife, dan memastikan lebih ramai lagi orang berpeluang menikmati kebaikan produk Herbalife ini.

Ingin tambah pendapatan menjadi seorang coach Bebas Herbalife?

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi kerjaya Coach Bebas Herbalife ini sebagai satu cara pendapatan separuh masa atau sepenuh masa, boleh hubungi saya melalui email aziera[at]azierayazid.com atau SMS/Whatsapp ke nombor 017 936 0797.

Jika anda terbuka untuk melihat peluang menambahkan pendapatan melalui Herbalife hanya menggunakan blogging dan Internet, saya bersedia untuk menunjukkan peluang anda. Tidak kiralah sama ada anda seorang yang bekerja di pejabat, atau seorang suri rumah sahaja. Saya boleh tunjukkan peluang bagaimana menambah pendapatan anda secara part-time menggunakan Internet. Saya sendiri sudah menggunakan Internet secara sepenuhnya untuk melakukan perniagaan Herbalife Online saya, dan saya berpeluang mendapat pendapatan sama seperti orang bekerja di pejabat sambil bekerja dari rumah, selain daripada peluang melancong dan bercuti ke luar negara.

Hubungi saya untuk mendaftar sebagai seorang Coach Bebas Herbalife sekarang!





No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...